“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

3 hours ago 4

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai ‘Abah’ yang meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang keselamatan di Plaza Tol Bentong, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada Selasa.

Menerusi hantaran di Instagram, Azar Azmi atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi menyifatkan ajal abah telah tiba ketika sedang memandu bukan kerana Allahyarham memandu melebihi had laju yang ditetapkan atau dalam keadaan mengantuk namun kemalangan tersebut adalah  disebabkan sekatan jantung peringkat ketiga (Third-degree Heart Block).

“Terima kasih kepada semua yang telah membantu beliau semasa kejadian. Kami minta maaf kami tak mampu untuk membalas jasa baik anda semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa penat dan lelah awak semua.

Mungkin benda nak jadi dan masa abah dah pun sampai, benda jadi pun masa abah tengah drive. Bukan sebab abah drive laju atau mengantuk, even the car condition also tiada masalah. 3rd degree complete heart block menyebabkan semua damage.”-tulis Azar di di Instagram

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”

Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini turut memohon doa orang ramai buat Allahyarham Mohd Sapri Bin Aziz serta menyatakan bahawa tidak akan ada lagi abah yang sama seperti arwah yang sangat baik dan penyayang.

“Takpelah, semua telah pun selesai. Saya mohon kepada semua sedekahkan fatihah buat abah Mohd Sapri bin Aziz.

Takkan ada lagi abah yang sama. Takkan ada lagi panggilan anje
Takde lagi ‘abah nak datang’.Takkan ada lagi “nak rehat kejap, nak tedo”
Abah dah boleh rehat dah bah. Abah dah boleh tedo lena dah bah. Sakit abah semua dah Hilang bah. Abah dah sihat dah dekat sana…

Insyaallah kita akan jumpa lagi satu hari nanti… Kami semua akan menyusul 1 hari nanti… Sayang abah. Rindu abah.”-tambah Azar lagi

Sekadar info, Azar Azmi merupakan anak yatim piatu setelah kehilangan ibu bapa, Azmi Meri dan Arbaayah Aminah sekitar tahun 2015-2017.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |