Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

13 hours ago 13

Baru-baru ini MURAI tengah scroll Instagram, macam biasalah, tengok-tengok gambar artis dan tokoh popular. Tiba-tiba, satu foto keluarga menarik perhatian. Wajah-wajah dalam gambar itu nampak sangat familiar, seolah-olah pernah kita lihat di berita atau majalah lama.

Ternyata, keluarga bahagia itu milik Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah, atau lebih dikenali ramai sebagai Ku Li. Ya, tokoh politik terkenal Malaysia yang pernah jadi Menteri Kewangan (1976–1984) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1984–1987)

Isteri Terkini Ku Li, Madamme Alfi

Dalam foto itu, MURAI perasan seorang wanita anggun yang tersenyum manis di sisi Ku Li. Dia ialah Madamme Alfi, atau nama sebenarnya Alfia Reziani. Memang jelas aura elegan dan penuh wibawa. Kalau diperhatikan, keluarganya nampak sangat harmoni dan bahagia.

Walaupun tiada catatan rasmi tentang bila pasangan ini bernikah, gambar-gambar yang tersebar ini cukup untuk tunjukkan kebahagiaan mereka. Madamme Alfi sendiri sudah membawa dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, seorang lelaki dan seorang perempuan yang kini dewasa dan berjaya dalam bidang masing-masing.

Alfreno, anak lelaki, kini menjadi Penasihat kepada Kementerian Komunikasi dan Digital di Indonesia. Azzahra, anak perempuan, sedang meniti kerjaya sebagai penyanyi yang semakin meningkat naik di Indonesia.

Madamme Alfi, Wanita Anggun dan Berjaya di Politik Indonesia

Selain cantik dan anggun, Madamme Alfi juga aktif dalam politik. Beliau telah resmi menjadi anggota DPR RI dari Fraksi PDI Perjuangan menjawat jawatan Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan. Pelantikan beliau berlaku pada 17 Mac 2016 dalam rapat paripurna DPR di Kompleks Parlemen, Senayan, Jakarta, dipandu oleh Ketua DPR, Ade Komarudin.

Keharmonian Keluarga yang Jadi Inspirasi

MURAI perhati, walaupun keluarga ini melibatkan tokoh politik dan dunia hiburan, suasana kekeluargaan tetap terserlah. Dari senyuman di foto, jelas mereka menghargai masa bersama, saling menyokong, dan membina kebahagiaan masing-masing.

Tak hairanlah kalau ramai yang tertanya-tanya tentang kehidupan peribadi Ku Li selepas pemergian Puan Sri Noor Yvonne Abdullah pada 6 Jun 2015 akibat kanser darah. Kehadiran Madamme Alfi nampaknya membawa warna baru dalam kehidupan Ku Li, sambil mengekalkan aura keluarga yang harmoni dan bahagia.

MURAI cuma boleh kata, kalau melihat gambar-gambar ini, kita rasa macam dekat dengan mereka sendiri. Bukan mudah nak gabungkan dunia politik, keluarga, dan hiburan, tapi keluarga Ku Li buktikan ia boleh berlaku dengan penuh gaya.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |