Pempengaruh media sosial, Mekyun mencuri perhatian netizen selepas adat keluarganya yang mengadakan upacara sembahyang sebelum berpindah masuk ke rumah baru.
Mekyun menerusi hantaran di Instagram, turut memuatnaik video yang memaparkan seorang sami yang hadir melakukan upacara sembahyang bersama keluarganya. Tambah Mekyun, upacara tersebut dilakukan agar kediaman barunya itu diberikan ketenangan dan kebahagiaan, selain membawa banyak rezeki kepadanya selepas ini.
“Korang pun ada tak buat upacara sembahyang sebelum pindah masuk ke rumah baru? 🥹🥰
Mekyun happy sangat sebab harini Mekyun officially boleh pindah masuk ke rumah Mekyun! 🏡✨ Semoga rumah Mekyun ni membawa lebih banyak rezeki, ketenangan, kebahagiaan dan jadi tempat penuh kasih sayang untuk Mekyun bina semua kenangan indah lepas ni ❤️.”-kongsi Mekyun di Instagram
Rata-Rata Netizen Kongsi Amalan
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi amalan memasuki rumah baharu mengikut agama dan kepercayaan masing-masing, malah ramai yang memberikan ucapan tahniah di atas kejyaannya yang berjaya memiliki rumah sendiri.
“Just sharing, for Muslims usually buat doa selamat, and also azan 4 penjuru rumah (which can be done yang the guys in the family; husband/ayah mcm tu) cantik rumah baru mekyun ❤️.”
“This is so interesting! Thank you for sharing ❤️.”
“Tak pernah tngok chinese/thai/indian klau masuk rumah baru macam mana.. First time ni tngok vlog mekyun.. Terima kasih mekyun .. Klau ada makan-makan boleh la jemput 😆😆😆.”
“Sama je mek yun, orang islam pun akan buat majlis doa selamat masuk rumah baru. Rumah kena cuci bersih sebelum majlis. Azan 4 penjuru, baca surah al baqarah dan rukyah.
“Even my chinese neighbor, she’s christian… Dia siap minta orang surau di kawasan kami datang bacakan doa sblm dia pindah masuk dulu.
TAHNIAH MEK YUN DH ADA RUMAH SENDIRI.”
“Paling menarik upacara Hindu masuk rumah Baru terutama rumah sendiri Baru beli. Akan ada upacara upacara Yagna lepas tu Tuan rumah kena pakai pakaian Pengantin mereka, akan disiram air suci dari kepala, lembu betina dgn anaknya akan dibawa masuk rumah( hanya jika rumah teres), kemudian boil susu utk disajikan kepada semua.. Harus dibuat oleh isteri Tuan rumah dan sebagainya”
Apa komen anda?

8 hours ago
8



































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)








![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)


![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)

