[VIDEO] Kecantikkan Puteri Balqis, Raih Perhatian Netizen!-“Megan Fox Malaysia”

1 week ago 22

Puteri Balqis Azizi atau lebih dikenali sebagai Puteri Balqis merupakan seorang pelakon yang memulakan kerjayanya ketika di usia yang sangat muda. Puteri Balqis juga pernah merangkul trofi pelakon wanita terbaik drama anugerah skrin pada tahun 2014 yang sekaligus menjadikan dirinya antara individu termuda yang memenangi anugerah tersebut..

Terdahulu kisah penceraian ibu bapanya menjadi bualan hangat netizen, dan itu merupakan pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan olehnya. Kini Puteri Balqis bangkit dan lebih fokus untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan. Puteri Balqis kini banyak berlakon di dalam drama dan lakonan juga masih mendapat perhatian ramai.

“Mata Dia Memainkan Peranan, Terus Nampak Mahal”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat di laman media sosial tiktok milik @daljaee yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaa, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, tanda suka sebanyak 73 ribu dan sebanyak 302 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Puteri Balqis dan beberapa selebriti lain menghadiri majlis berbuka puasa.

@daljaee

tak sempat ambik gambar dgn PB 😭 but she literally looks unreal irl #puteribalqis #fypシ #fyp #daljae #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – 𝟑𝟎𝟑 𝐌𝐢𝐧𝐞. – 𝟑𝟎𝟑 𝐌𝐢𝐧𝐞.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kecantikkan Puteri Balqis kini terserlah persis pelakon antarabangsa iaitu Megan Fox. Tambah mereka lagi, keberadaan Puteri Balqis disitu membuatkan sesiapa yang berada disebelahnya tenggelam dengan kecantikkannya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |