First Lady Perancis, Brigitte Macron, menjadi tumpuan ramai baru-baru ini selepas tular video yang menunjukkan dia telah menampar suaminya, Emmanuel Macron, ketika mereka mendarat untuk lawatan ke Vietnam.
Ini bukan kali pertama hubungan mereka menjadi tajuk utama. Sebelum ini Brigitte dan Emmanuel menarik perhatian ramai kerana kisah cinta mereka. Mendapat tentangan ramai, pasangan ini mempunyai jurang usia 25 tahun, yang membuatkan ramai menyatakan Emmanuel sebenarnya telah di-grooming oleh Brigitte.

Brigitte Adalah Guru Emmanuel
Brigitte dan Emmanuel bertemu ketika Presiden Perancis itu seorang pelajar di Le Providence, sebuah sekolah Katolik di Utara Perancis. Ketika itu, Briggite yang berusia 39 tahun adalah seorang guru drama dan Emmanuel pula baru berusia 15 tahun.

Pada awalnya, ibu bapa Emmanuel menyangka bahawa dia jatuh cinta dengan anak perempuan Brigitte, tetapi apabila mengetahui hal sebenar mereka menghantarnya ke sekolah berasrama penuh.
Kedua-duanya terus berhubung selama bertahun-tahun, dan Brigitte ketika itu telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang berusia sekitar Emmanuel.
Jurang Usia 25 Tahun
Brigitte yang 25 tahun lebih tua daripada Emmanuel telah berkahwin ketika mereka bertemu, sebelum dia berpisah dengan bekas suaminya, André-Louis Auzière (1974-2006). Dia dan André mempunyai tiga orang anak dan tujuh orang cucu.

Kemudian Emmanuel dan Brigitte mengikat tali pertunangan pada tahun 2007, setahun selepas dia bercerai dengan bekas suaminya. Sebelum majlis resepsi, Brigitte mendedahkan dia berterima kasih pada anak-anaknya kerana menyokong hubungan mereka.

Dalam salah satu temu bual, Brigitte mendedahkan dia dan Emmanuel tidak akan tidur berasingan walaupun suaminya itu sibuk dengan jadualnya yang padat.
“Ia menghiburkan saya apabila Emmanuel berada di sisi. Saya pasti dia juga merasakan perkara yang sama.”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.