Nazeera Sardi Didakwa Menjadi Penyondol Rumah Tangga Netizen?-“Up Konon Single Tapi..”

15 hours ago 6

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon dan usahawan Nazeera Sardi menjadi bualan ramai selepas seorang netizen mendakwa pelakon ini telah mengganggu suaminya itu.

Menerusi hantaran yang sudah dipadam di Threads, netizen wanita berkenaan mempersoalkan tindakan Nazeera yang dikatakan masih mahukan lelaki yang berstatus suami orang biarpun mempunyai perniagaan sendiri.

“Siapa peminat artis sendu ni? Tolong kirim salam ya. Kata ada bisnes sendiri, dah banyak duit. Tapi kenapa masih nak laki orang ya?-soal seorang netizen di Thread

Perkongsian netizen tersebut turut mencetuskan komen-komen netizen yang rata-ratanya terkejut dengan pendedahan berkenaan, malah ada yang turut meluahkan rasa bimbang terhadap kes curang yang semakin menjadi-jadi.

“Hmm banyak betul kes curang sekarang..”

“Laki akak melayan sama tak? Tanya je jangan marah.”

“Ayoyo sangat menakutkan. Spill the tea please.”

“Udoh laki sape pulak yang dia kejar.”

“Dia ni lama tak berlakon, kalau berlakon pun biasa je.”

Bakal Disaman Nazeera Atas Dakwaan Palsu?

Dalam pada itu, netizen terlibat turut menyatakan bahawa dia bakal disaman oleh pelakon tersebut atas dakwaan yang dianggap palsu.

“Saya nak kena saman atas post benda palsu katanya? Hihi dari A to Z saya masih simpan segala bukti dan saya akan saman balik kacau rumah tangga saya.”-dedah netizen lagi

Ketika artikel ini ditulis, Nazeera dilihat masih belum memberikan sebarang respon atau kenyataan di media sosialnya terhadap dakwaan yang dilemparkan oleh netizen ini.. Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |