[VIDEO] Vivid Sydney 2025: Ini Jadinya Bila Sydney Lupa Nak Tutup Lampu!

1 day ago 13

Bayangkan bila malam tiba, satu bandar bersinar dengan cahaya-cahaya berwarna, seni visual yang hidup dan suasana yang penuh magik. Itulah yang berlaku setiap tahun bila Vivid Sydney kembali. Dan tahun 2025 ini, festival ikonik ini akan berlangsung dari 23 Mei hingga 14 Jun. Kami dari MURAI sekali lagi diberi peluang untuk ke Australia. Kalau sebelum ni kami ke Melbourne, kali ini kami terbang ke Sydney pula. Dan tujuannya memang satu, nak saksikan sendiri keindahan Vivid Sydney.

Vivid Sydney bukan festival biasa-biasa. Ia adalah gabungan pameran cahaya, seni multimedia interaktif dan projeksi digital ke atas bangunan yang mengubah wajah bandar Sydney setiap malam. Mercu tanda ikonik seperti Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge bertukar menjadi kanvas seni gergasi, penuh warna, corak dan cahaya yang hidup.

Pembukaan yang Mengagumkan- “Macam tak Percaya Lihat Dengan Mata Sendiri”

Kami sempat berada di sana semasa acara pembukaan. Memang meriah! Bunga api memeriahkan langit malam, dan seluruh bandar  dari bangunan pencakar langit hinggalah ke sudut-sudut kecil disinari cahaya kreatif. Opera House tampil dengan corak visual yang berubah-ubah, manakala Harbour Bridge menyala terang benderang. Memang tak puas mata memandang.

Lebih Daripada Sekadar Cahaya

Selain pancaran lampu dan seni visual, Vivid Sydney juga padat dengan persembahan muzik live, instalasi seni interaktif, dan ceramah inspirasi dari tokoh hebat dalam bidang teknologi, rekaan dan inovasi. Pendek kata, festival ni bukan saja untuk mata, tapi juga untuk minda dan jiwa.

Terima Kasih AirAsia X & Tourism New South Wales!

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada AirAsia X dan Tourism New South Wales atas peluang hebat ini. Layanan terbaik, perjalanan yang selesa, dan pengalaman yang sangat bermakna, kami sangat hargai!

Mahu terbang ke Sydney macam kami? Jangan risau, AirAsia X ada penerbangan harian terus ke Sydney. Mudah, cepat dan selesa, sesuai sangat untuk anda yang dah tak sabar nak ke sana!

Vivid Sydney, Memori yang Tak Akan Dilupa

Kalau anda tengah plan cuti musim sejuk yang lain daripada yang lain penuh warna, seni, suasana romantik dan banyak spot cantik untuk gambar. Vivid Sydney 2025 memang wajib masuk dalam wishlist. Percayalah, pengalaman ni bukan saja untuk dinikmati… tapi untuk dikenang selamanya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |