Dalam sambutan komuniti, belia dan sukan yang bertujuan, AmBank Malaysia Pickleball Championship 2025 baru sahaja menutup tirainya pada Ahad, 1 Jun 2025 di Pickle Nation, menandakan satu acara penting bagi komuniti pickleball Malaysia, sekaligus mentakrifkan semula erti sebuah kejohanan.
Dianjurkan oleh Score Sports Management dengan kerjasama AmBank Group, serta diiktiraf secara rasmi oleh DUPR (Dynamic Universal Pickleball Rating), kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini telah menyambut 547 pemain dari pelbagai latar belakang, termasuklah yang berasal dari luar negara seperti Indonesia, China, dan Amerika Syarikat.
Sebuah Kejohanan Dengan Tujuan
Kejohanan AmBank Malaysia Pickleball ini bukan sekadar pertandingan. Bertemakan ‘Malaysia Kita’, acara ini dihadiri oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, menzahirkan sokongan mereka terhadap pembangunan sukan, perkembangan belia, dan inisiatif sukan mampan di Malaysia.
Junior Coaching Session ini turut dibimbing oleh beberapa jurulatih pickleball berpengalaman, menarik minat 75 belia yang bersemangat tinggi, yang mana 35 daripada mereka ditaja oleh AmBank Group dan Score Management.
Sesi ini memperkenalkan belia kepada asas-asas sukan melalui latihan yang menyeronokkan, perlawanan mini, dan pembelajaran interaktif, memupuk keyakinan, semangat kesukanan, dan hubungan di kalangan generasi yang akan datang.
Dalam usaha untuk memacu impak kolektif, semua material acara dari rekaan trofi sehinggalah ke panduan digital telah disusun dengan teliti berasaskan pendekatan ESG. Selain komitmen untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai melalui stesen air isi semua dan penggunaan bahan mampan, sebanyak 60 kilogram kasut sukan lama telah dikumpul, membantu mengurangkan sisa tapak pelupusan.
Kasut-kasut lama ini akan dikitar semula dan digunakan semula untuk insfrastruktur berpusatkan komuniti seperti trek larian, taman permainan, dan permukaan gelanggang, yang akan memberi manfaat kepada taman dan komuniti di seluruh negara.
Untuk melihat keputusan penuh perlawanan dan sorotan selepas avara, anda boleh melayari laman web rasmi kejohanan di www.mypickleballchampionship.com.
Untuk maklumat terkini dan konten di sebalik tabir, anda boleh melayari laman Instagram dan Facebook.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.