Taikun Arab, Mohamed Al-Fayed sekali lagi menjadi berita utama kerana dakwaan gangguan seksual yang dilakukannya. Kali ini, dia didakwa telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di bilik persalinan di Harrods untuk melihat pelanggan, terutamanya wanita mencuba pakaian.
Dalam buku baharu ‘The Monster of Harrods’, oleh wartawan Alice Kervin, bekas pengawal peribadi Al-Fayed mendakwa bahawa taikun Arab itu telah melakukan perbuatan tidak ‘senonoh’ ketika berada di Harrods.

Untuk pengetahuan kamu, Al-Fayed yang telah meninggal dunia pada tahun 2023, adalah pemilik pusat beli-belah mewah legenda di London selama 25 tahun sebelum dia menjualnya kepada syarikat Qatar pada tahun 2010.

Dalam buku baharu itu, sumber yang hanya ingin dikenali sebagai “Biggie” itu mendedahkan bahawa semasa kepimpinan taikun itu, Harrods telah dipenuhi dengan CCTV, termasuklah di bilik persalinan wanita, tandas dan kawasan pertukaran pelanggan.

“Orang ramai tidak banyak bercakap mengenainya, tetapi CCTV telah dipadang dari pintu masuk sehingga sedikit ke dalam bilik persalinan. Jika anda pernah mencuba pakaian di Harrods semasa era Al-Fayed, berkemungkinan besar anda sedang diperhatikan.”

Pemasangan CCTV didakwa diarahkan oleh ketua keselamatan Harrods ketika itu, John Macnamara iaitu bekas detektif polis. Tujuannya adalah bukan sahaja memantau pusat beli belah itu sahaja, tetapi juga untuk memenuhi selera pemangsa Al-Fayed terhadap wanita yang menarik perhatiannya.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.