[VIDEO] Gelagat Tunku Azizah Jumpa Cikgu Sekolahnya Yang Garang, Curi Perhatian Ramai!

3 days ago 15

Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.

Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.

“Garang Nak Mamm… Mujur Tak Habis Ayat Tu Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tuar satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nona.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 55 ribu, tanda suka sebanyak 3,080 dan sebanyak 71 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang berjumpa dengan cikgunya semasa beliau belajar disekolah menengah dahulu.

@nona.my

“You are so garang, you made me scrub the floor everyday” Telatah comel Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar apabila disapa oleh bekas gurunya, Raja Norshiah Raja Mohd Nor, 79, sambil menyifatkan beliau antara guru yang paling garang. Buat pengetahuan, Raja Norshiah pernah mengajar baginda mata pelajaran sains rumah tangga semasa tingkatan 3 di Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor suatu ketika dahulu. #majalahnona

♬ original sound – NONA – NONA

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tunku Azizah sangat bagus dan merendah diri kerana masih menggingati gurunya itu. Tambah mereka lagi, mereka gemar mendengar apabila Tunku Azizah berceloteh mengenai semua yang berkaitan dengan kehidupannya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |