[VIDEO] Gelagat Suami Belanja Shila Amzah Barang Kemas, Curi Perhatian Ramai!-“Rupa Cam Getah Rambut”

3 days ago 17

Nurshahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar serta telah memenangi pelbagai award di dalam dan di luar negara.

Mempunyai peminat yang ramai dari negara China setelah memenangi satu pertandingan nyanyian di sana pada 2012. Dengan membawa pulang wang berjumlah hampir RM2.5 juta dengan kontrak di sana selama 6 tahun. Selepas tamat kontraknya, Shila kembali ke Malaysia bagi melebarkan lagi sayapnya dalam industri muzik tanah air.

Shila amzah kini aktif di laman sosial miliknya terutamanya di intagram dan tiktok bagi berkongsikan kehidupan sehariannya bersama suami serta anaknya.

“Nak Surprise Kan Bini, Last Last Bini Surprisekan Suami Dengan Harga Tu Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ubaihani yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 362 ribu, tanda suka sebanyak 19 ribu dan sebanyak 237 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ubai yang ingin membuat kejutan kepada Shila Amzah dengan membawanya pergi membeli barang kemas yang digemarinya itu.

@ubaihani

Siapa surprise siapa sekarang ni? 🥲 #fyp #tiktokmalaysia

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa beruntung Shila Amzah kerana peroleh suami seperti Ubai.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |