Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi dan model yang berasal dari Malaysia, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan berasal dari Ampang.
Meerqeen memulakan kerjayanya, selepas menyertai satu pertandingan Hero Remaja 2019/2020. Meerqeen lebih dikenali ramai, apabila drama lakonannya bersama Anna Jobling iaitu ‘Melur Untuk Firdaus’ mendapat tempat di hati penonton bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga. Meerqeen kini banyak dilamar jenama-jenama besar fesyen antarabangsa dan sering kelihatan di setiap fesyen atau acara jenama tersebut.
Bagi Meerqeen, walaupun kini dia sedang sibuk dengan urusan kerja, namun tetap meluangkan masa dengan keluarga tercinta yang menjadi penguat dan tulang belakangnya.
“Bestlah Suara Dia, Kalau Keluarkan Lagu Mesti Ramai Dengar”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @trprsfghtrs yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 167 ribu, tanda suka sebanyak 22 ribu dan sebanyak 70 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Meerqeen yang menyanyikan lagu dari Indonesia yang berjudul Rapuh dari Agnes Monica.
@trprsfghtrsRapuh by Meerqeen version 2025 #meerqeen #rapuh
♬ original sound – Emma ☆ – Emma ☆
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa suara meerqeen sangat merdu dan sedap di dengar.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.