Astro sekali lagi tampil mencuri perhatian penonton dengan sebuah naskhah baharu yang sarat dengan konflik dan emosi, Dendam Seorang Mentua, yang bakal bersiaran di Astro Prima bermula 4 Mei 2026, Isnin – Jumaat pada jam 6 petang.
Mengangkat jalan cerita yang luar daripada kebiasaan, drama ini membawakan kelainan menerusi tema balas dendam yang berakar dalam institusi kekeluargaan, sekaligus menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih berani dan mencengkam.
Meneruskan jenama popular “Dendam Seorang…” dalam rangkaian kandungan Astro, drama ini mengisahkan Sofia yang dikhianati kekasihnya dan sahabat baiknya – sehingga dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya.
Selepas dibebaskan, Sofia bangkit membalas dendam dengan mengahwini Datuk Muzaffar, bapa kepada bekas kekasihnya. Tindakan ini mencetuskan konflik baharu apabila Sofia berdepan musuh lamanya sebagai mentua, sekali gus mengangkat tema perebutan kuasa dan konflik emosi dalam hubungan kekeluargaan.
Drama ini menampilkan penampilan sulung Tracie Sinidol dalam slot Tiara Astro, yang membawakan watak Sofia, seorang wanita berperwatakan lembut namun menyimpan kekuatan dan dendam yang membara di dalam dirinya. Turut digandingkan ialah Chacha Maembong sebagai Harlina dan Hariz Hamdan sebagai Hariz, pasangan yang menjadi titik permulaan kepada konflik dan dendam yang menghancurkan kehidupan Sofia.
Turut menyerikan drama ini ialah gandingan pertama di layar kaca antara Dato’ Aaron Aziz sebagai Karl dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Datuk Muzaffar, yang menjanjikan kombinasi lakonan penuh karisma dan impak.
Drama ini turut menampilkan Intan Ladyana sebagai Yasmin, orang kanan Datuk Muzaffar, yang kembali mewarnai layar perak dengan kemunculan semula yang dinanti-nantikan selepas sekian lama.

Sinopsis
Kehidupan Sofia musnah apabila dia dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya, satu pengkhianatan yang dirancang oleh sahabat baiknya sendiri, Harlina, demi melindungi Hariz, lelaki yang dia cintai.
Selepas dibebaskan, Sofia kembali menuntut keadilan, namun kecewa apabila mendapati Hariz telah berkahwin dengan Harlina iaitu dalang di sebalik kejatuhannya. Dengan keluarganya yang terjejas teruk dan masa depan yang dirampas, Sofia kini hanya berpegang pada satu tekad, membalas dendam.
Dalam usaha membina semula hidupnya, Sofia dipertemukan dengan Datuk Muzaffar, seorang ahli perniagaan berpengaruh dan juga bapa kepada Hariz. Dengan agenda tersendiri dan perancangan yang penuh strategi, Sofia bersetuju untuk mengahwininya. Apa yang bermula sebagai langkah balas dendam bertukar menjadi permainan kuasa yang penuh manipulasi dalam sebuah keluarga elit.
Kini, Hariz dan Harlina terpaksa berdepan dengan akibat perbuatan mereka apabila Sofia bukan lagi mangsa, tetapi menjadi ancaman terbesar dalam hidup mereka sebagai mentua baharu mereka.


2 hours ago
4


















![[VIDEO] Betty Banafe Kongsi Keadaan Anak Lelaki Yang Depresi Atas Hasutan Bekas Suami, Netizen Pilu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/1647df66-245b-4031-b9e8-b09511ba5545.webp)





















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)








