Siapa yang tidak mengenali Cik B atau nama sebenarnya adalah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sering meraih perhatian daripada orang ramai. Cik B juga seorang yang sering menghiburkan ramai orang dengan video-video kontennya yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.
Anak kepada usahawan kosmestik sensasi itu, Dato’ Seri Vida, kelihatan sering meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Netizen pasti tidak kering gusi apabila melihat gelagat anak-beranak ini membuat video bersama. Kini, perniagaan milik Cik B mendapat perhatian ramai apabila dikatakan laris dan banyak mendapat permintaan. Baru-baru ini, tular mengenai Cik B yang membeli kereta pada usia yang sangat muda dan ianya membuatkan ramai terpegun melihat kejayaannya itu.
“Heloknya Punching Bag Nya, Mana Nak Beli”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Cik B yang peroleh perhatian ramai.Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 137 ribu, tanda suka sebanyak 11 ribu dan sebanyak 98 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Cik B yang menggunakan badan pengawal peribadinya sebagai punching bag.
@cikb_havocGym takde punching bag🥲 #gym #fyp #cikb #tiktokmalaysia
♬ som original – Trap Music Fun
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa punching bag tersebut lain daripada yang lain.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.