Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di salah sebuah pusat perubatan, semalam.
Berada Dalam Keadaan Stabil
Menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Ustaz Kazim, pentadbir Admin DUKE turut menitipkan ucapan terima kasih di atas doa semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya.
Walaubagaimanapun, tiada pelawat yang dibenarkan untuk melawat beliau buat masa kini.
“Keluarga yang berbahagia Dato Ustaz Kazim mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua. Alhamdulillah Ustaz Kazim stabil setakat ini.
Harap maaf, tiada pelawat yang dibenarkan melawat buat masa sekarang. Harap faham.”-tulis Admin DUKE di Facebook
Saluran Jantung Sempit
Sebelum itu, abang kepada Ustaz Kazim iaitu Mohd Najmuddin Elias di Facebook yang memberi penjelasan selepas disoal benarkan adiknya itu dimasukkan ke hospital.
Jelas Najmuddin, Ustaz Kazim dimasukkan belon untuk melancarkan dan meluaskan saluran jantungnya yang sempit.
“Salam semua rakan rakan FB…ramai orang bertanya kepada saya..betul ka adik saya Dato’ Kazim masuk hospital..jadi saya jawab ..ya betul..sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit. Setelah dimasukkan satu belon,doktor mendapati ada satu lagi saluran sempit yang perlukan tambahan satu belon lagi.
Saya difahamkan beliau mengadu teramat sakit dari sebelum sebelum ini. Pihak hospital tidak membenarkan waktu ini dari sebagai lawatan kecuali isteri beliau..
saya merayu kepada semua peminat peminatnya dan pencinta pencinta ilmu seluruh pelusuk dunia supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Al barakah yang diterajuinya..
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg bersimpati dan mendoakan beliau…apa2 perkembangan saya akan maklumkan dari masa ke semasa.”-tulis Najmuddin Elias di Facebook

Sama-sama kita doakan agar Ustaz Kazim diberikan kesembuhan dengan cepat..

17 hours ago
10



































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)









![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)



