Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila seorang individu berkongsi pengalaman transit selama 14 jam di Muscat, Oman.
Menurutnya, dia menukar 100 Saudi Riyal (SAR) di lapangan terbang Muscat dan hanya menerima 7 Omani Rial (OMR). Situasi itu membuatkan money changer memandangnya sambil bertanya, “My brother… you sure?” sehingga dia sendiri rasa mahu berpatah balik ke dalam lapangan terbang tanpa keluar berjalan.
Perkongsian ringkas itu membuka ruang kepada perbincangan lebih luas tentang nilai sebenar mata wang Oman dan realiti kadar tukaran di lapangan terbang.

Omani Rial Antara Mata Wang Paling Tinggi di Dunia
Ramai yang mungkin tidak sedar, Omani Rial merupakan antara mata wang dengan nilai tertinggi di dunia. Secara asasnya:
- 1 OMR = 1000 baisa
- 1 SAR = 100 halala
- Kadar pasaran kasar: 10 OMR ≈ 100 SAR
Ini bermaksud, secara teori, 100 SAR sepatutnya memberikan sekitar 10 OMR, bukan 7 OMR seperti yang dikongsi individu tersebut.
Namun begitu, beberapa netizen menjelaskan bahawa kadar tukaran di lapangan terbang selalunya kurang kompetitif berbanding money changer di bandar.
Faktor caj perkhidmatan dan margin keuntungan lebih tinggi boleh menyebabkan jumlah diterima lebih rendah daripada kadar pasaran sebenar.
Nampak Mahal, Tapi Kos Hidup Setara
Ada juga yang berkongsi pengalaman bahawa walaupun nilai Omani Rial kelihatan besar, kos barangan di sana sebenarnya disesuaikan dengan struktur mata wang tersebut.
Sebagai contoh, jika harga nasi goreng di Arab Saudi sekitar 17 SAR, di Oman mungkin sekitar 1.7 OMR. Dari segi kuasa beli tempatan, perbezaannya tidaklah terlalu jauh dalam kalangan negara GCC (Gulf Cooperation Council), kecuali Kuwait yang sedikit berbeza.
Di kawasan sempadan UAE–Oman pula, kadar tidak rasmi sering digunakan, seperti 1 Dirham UAE bersamaan kira-kira 100 baisa Oman untuk transaksi kecil.
via Thread /@mitzerazuPengalaman Netizen
Menariknya, perbincangan itu bukan sekadar tentang kadar tukaran wang.
Seorang netizen berkongsi pengalaman berurusan dengan tuntutan sewaan di Oman yang berlarutan sehingga melibatkan proses mahkamah. Walaupun kes tersebut bersifat peribadi dan tidak mewakili keseluruhan sistem, ia menjadi peringatan tentang kepentingan dokumentasi dan kontrak yang jelas ketika bekerja atau menetap di luar negara.
Dalam masa sama, ramai turut memuji pengalaman mereka di Muscat iaitu bandar yang disifatkan bersih, cantik dan masyarakatnya baik.
Ada yang berkongsi pengalaman transit panjang sehingga 21 jam dan sempat berjalan sekitar bandar serta menikmati diskaun lounge lapangan terbang.
Malah, ada pemandu e-hailing tempatan berkongsi bahawa penumpang dari Oman dilihat pemurah dalam memberi tip, asalkan layanan diberikan secara profesional tanpa sikap “menekan”.
via Thread /@fahmi_mohaidin
via Thread /@finaz.saedun
via Thread /@janghazi.flPengajaran Untuk Pelancong
Isu ini bukan semata-mata tentang “rugi tukar duit”, tetapi lebih kepada kefahaman terhadap struktur mata wang asing dan lokasi pertukaran.
Beberapa perkara yang wajar diberi perhatian sebelum ke luar negara:
- Semak kadar tukaran semasa sebelum membuat pertukaran.
- Elakkan menukar jumlah besar di lapangan terbang jika tidak terdesak.
- Fahami nilai denominasi mata wang tempatan
- Pastikan segala urusan kontrak atau kewangan didokumenkan dengan jelas.
Transit yang panjang boleh menjadi peluang meneroka bandar baharu. Namun, persediaan kewangan yang tepat akan memastikan pengalaman menjadi lebih tenang dan tidak berakhir dengan rasa “nak masuk balik airport”.
Apa pun, Muscat kekal sebagai destinasi yang menerima banyak pujian daripada pelancong, cuma bab tukar duit, pastikan buat kira-kira dulu.

10 hours ago
6



![[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/921a5f3d-9df4-4d93-b870-bf1eac2b20bd.webp)











































![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)

