Tolak Tawaran Review Produk Kurus, Atikah Suhaime Pilih Cara Semula Jadi Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin

9 hours ago 6

Pelakon Datin Atikah Suhaime kini sedang melalui fasa menurunkan berat badan selepas melahirkan anak pertamanya, Lyla Mulan Teh, hasil perkahwinan dengan usahawan Datuk Lokman Teh.

Tidak Bergantung Pada Produk Pelangsing

via Atikah Suhaime

Atikah menegaskan bahawa dia memilih pendekatan semula jadi dan sihat tanpa bergantung kepada produk pelangsing badan.

Menurut Atikah, dia tidak mengambil sebarang produk kurus dan tidak juga menerima tawaran untuk mempromosikannya, walaupun ramai selebriti sering dikaitkan dengan jenama produk sedemikian.

Katanya, ini adalah soal etika dan tanggungjawab kerana tidak semua produk itu selamat digunakan.

Saya tolak tawaran review produk kurus sebab bimbang kesan sampingan dan atas sebab etika juga.

Tambah Atikah, penurunan berat badan bukan sesuatu yang boleh dicapai secara mendadak, tetapi memerlukan kesabaran dan konsistensi.

Mengamalkan Cara Hidup Sihat

via Atikah Suhaime

Baginya, ia adalah satu gaya hidup. Atikah kini mengamalkan rutin berjalan atas treadmill setiap hari serta menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan gula.

Malah Atikah juga menyatakan bahawa dia tidak mengambil makanan ringan seperti jajan, roti dan biskut, serta mengelakkan minuman manis.

At least berjalan setiap hari pun dah memadai kalau tak mampu ke gim. Naik bukit pun bagus.

Dalam satu video ringkas yang dikongsikan di Instagram, Atikah juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan produk pelangsing.

Katanya, kebanyakan selebriti kekal kurus kerana amalan senaman dan pemakanan sihat, bukan kerana produk.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |