Bukan lagi rahsia bahawa Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone adalah pasangan Bollywood kegemaran ramai. Selepas percintaan mereka penuh dengan pancaroba, hubungan mereka berakhir dengan pahit apabila Deepika menangkap aktor itu curang dengannnya.
Dalam sebuah temu bual lamanya, Deepika membuka tentang kesedihannya sepanjang menjalinkan hubungan dengan Ranbir.

“Jika saya bermain-main, mengapa saya jalinkan hubungan? Lebih baik saya jadi bujang dan bersenang-senang, Tetapi tak semua orang fikir seperti itu. Mungkin itulah sebabnya saya pernah terluka pada masa lalu. Saya cukup bodoh berikan dia (Ranbir) peluang kedua kerana dia tak berhenti merayu. Walaupun pada hakikatnya dia masih lakukannya, tiada apa yang boleh buat saya kembali.”

Tambahnya lagi, apabila Ranbir berlaku curang, dia menjadikan itu sebagai kesalahan dan kekurangnya sambil memikirkan ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan itu.
“Kali pertama saya dicurangi, saya fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan atau diri saya. Tetapi bila kerap berlaku, awak tahu masalah itu sebenarnya pada diri pelaku. Saya banyak memberi dalam hubungan dan tidak mengharapkan balasa. Tetapi curang adalah memungkiri janji, menghilangkan rasa hormat dan juga kepercayaan.”

Beberapa tahun selepas perpisahan mereka, Deepika akhirnya berkahwin dengan Ranveer Singh dan Ranbir pula berkahwin dengan Alia Bhatt.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.