Pereka kandungan digital popular, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank, sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video teaser di media sosial.
Wajah Seakan Tom Cruise
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, kelihatan Sofyank sedang menyel

esaikan tiga tugasan berbeza.
Namun apa yang benar-benar menarik perhatian ialah kemunculan bayangan wajah seorang lelaki di skrin besar yang dipercayai mirip aktor Hollywood terkenal, Tom Cruise.
Menerusi kapsyen ringkasnya, Sofyank menulis bahawa dia akan ke Tokyo untuk pergambaran bersama wajah yang ditunjukkannya itu.
Insya-Allah misi seterusnya pergi ke Tokyo untuk shoot video dengan dia.
Kenyataan itu sekali gus menguatkan spekulasi bahawa dia mungkin bakal bekerjasama dengan bintang Mission: Impossible itu.
Undang Pelbagai Rekasi Netizen
Perkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mula membuat andaian mengenai selebriti misteri itu.
Kalau betul ni Tom Cruise, aku salute habis dekat Sofyank!.
Macam Tom Cruise je
Ethan Hunt ke tu?
Malah, ramai turut mendoakan agar segala urusan Sofyank dan pasukannya dipermudahkan, sambil menyatakan rasa bangga jika benar wakil dari Malaysia bakal berkolaborasi dengan nama besar dunia hiburan antarabangsa.
Bukan sesuatu yang mustahil, kerana sebelum ini Sofyank pernah berpeluang mencipta kandungan kreatif bersama bintang ternama seperti Will Smith dan Paul Rudd.
Kemampuan teknikal serta kreativiti luar biasa yang dimilikinya menjadikan nama Sofyank semakin dikenali di peringkat global.
Adakah benar Sofyank bakal muncul dalam projek bersama Tom Cruise di Tokyo? Sama-sama kita nantikan kejutan seterusnya daripada pereka kandungan muda berbakat besar ini.