Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang individu yang menyamar sebagai dirinya untuk menipu dan memanipulasi mangsa bagi mendapatkan wang.
Zara Zya menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa lelaki yang dikenali sebagai Mohd Hazri Hisyam bin Ab Wahab itu turut meyakinkan mangsa dengan mengatakan bahawa terdapat projek usahasama antara Zara Zya dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.
“Lelaki ini yang dikenali sebagai Mohd Hazri Hisyam bin Ab Wahab telah menyamar sebagai diri saya, Zara Zya dengan menghubungi mangsa secara bertulis dan bercetak melalui WhatsApp untuk tujuan menipu dan memanipulasi mangsa bagi mendapatkan wang.”-dedah Zara Zya di Instagram
Difitnah Punya Hubungan Istimewa & Bakal Berkahwin?
Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan turut mereka cerita kononnya dia dan Zara Zya mempunyai hubungan dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, yang mana kenyataan tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata-semata.
“Dia juga mereka cerita yang kononnya saya, Zara Zya ada hubungan dan akan berkahwin dengan Mohd Hazri Hisyam bin Ab Wahab (lelaki tersebut) tidak lama lagi.
Segala kenyataan tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.”-tegas Zara Zya
Beri Tempoh 24 Jam
Laporan polis telah pun dibuat, Zara Zya menegaskan bahawa dia memberi tempoh selama 24 jam terhadap lelaki tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum mengambil tindakan mahkamah jika individu terlibat gagal berbuat demikian.
“Laporan polis telah dibuat dan dia, iaitu MOHD HAZRI HISYAM BIN AB WAHAB diminta untuk membuat permohonan maaf bagi membersihkan nama saya.
Mohd Hazri Hisyam telah pun dihubungi oleh pihak polis untuk hadir ke balai bagi membantu siasatan.
Namun sehingga ke hari ini dia tidak memunculkan diri dengan pelbagai alasan.
Dengan ini,saya memberi tempoh 24 jam untuk MOHD HAZRI HISYAM BIN AB WAHAB untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan sekiranya gagal, TINDAKAN MAHKAMAH akan dikenakan bagi tujuan tuntutan membersihkan nama saya.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.