Tolak Gelaran ‘Bekas Isteri’, Saira Banu Dakwa Belum Bercerai Dengan AR Rahman

4 days ago 16

Baru-baru ini komposer muzik AR Rahman mengejutkan peminatnya dengan berita kemasukkan ke hospital di Chennai.  Menurut laporan, dia dia dimasukkan ke hospital di Chennai berikutan dehidrasi dan kemudiannya dibenarkan keluar beberapa jam selepas itu.

Susulan itu, isteri yang berpisah dengan AR Rahman; Saira Banu menyampaikan doanya dan ucapan selamat melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Vandana Shah dan Rakan Bersekutu.

Foto – Mathrubhumi English

“Assalamualaikum. Saya mendoakan agar dia (AR Rahman) cepat sembuh. Saya menerima berita bahawa dia mengalami sakit dada dan menjalani angiografi dan dengan izin Allah, dia sihat sekarang.”

Foto – India Times

Dalam kenyataan yang sama, dia juga meminta orang ramai untuk tidak melabel dirinya sebagai “bekas isteri” AR Rahman kerana mereka belum bercerai secara rasmi dan dia masih lagi memegang status sebagai isteri.

“Saya ingin memberitahu anda semua bahawa kami belum bercerai secara rasmi, kami masih suami isteri. Kami berpisah kerana saya tidak sihat sejak dua tahun lepas dan saya tidak mahu terlalu menekan dia tetapi tolong jangan katakan “bekas isteri”. Kami berpisah tetapi doa saya sentiasa bersamanya.”

Foto – The Indian Express / Hindustan Times

AR Rahman dan Saira Banu yang berkahwin pada tahun 1995, mengumumkan perpisahan mereka pada November 2024 selepas 29 tahun berkahwin.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |