Pelawak, pelakon, dan pengacara, Azrul Zaidi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sikap sebenar penyanyi Ameng Spring selepas tular tuduhan dakwaan vokalis kumpulan Spring ini memperlekehkan kemenangan anak penyanyi Liza Hanim, Marsya Qistina dalam Talk To My Manager (TTMM).
Azrul menerusi hantaran di Thread, menceritakan bahawa dia yang pernah menjadi pengurus kumpulan Spring itu menegaskan bahawa Ameng bukanlah seorang yang mudah melenting.
“Inilah Ameng Spring yang dari dulu popular. Aku rapat dengan dari tahun 90-an lagi sebab aku manage Spring Entertainment. Tak pernah tengok dia marah sampai macam ni sepanjang aku kenal dia.
Dari dulu kalau dia bengang pun ada lawak dalam bengang dia tu dan kita rasa macam takde apa-apa. Dan semestinya Ameng ni popular orangya!.”-tulis Azrul Zaidi di Thread

Netizen Setuju!
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Azrul, malah ramai yang berpendapat Ameng semestinya artis yang masih terkenal sehingga ke hari ini dengan lagu-lagu ‘evergreen’ seperti Romantis, Butakah Cinta, Sampai Hati, Sejiwa dan banyak lagi.
“Abang Ameng ni tak perlu juara tapi lagu dia famous sepanjang zaman dan top list karaoke saya.”
“Famous sangat sebab arwah mak dulu minat kumpulan Spring siap beli kaset. So kita pun sama-sama layan lagu-lagu dia lah.”
“Masa top, sampai ada orang dukung dia nak bawa balik rumah. Dan masa konsert. Ada yang pengsan, beberapa konsert pun ada yang pengsan. Penangan Ameng.”
“Saya yang bukan kawan bukan rapat pun naluri saya cakap, abang Ameng ni bukan riak bukan berlagak, sarang tebuan kalau dijolok saja-saja kan dia gigit orang.. dia menahan marah tu, orang perli-perli benda yang bukan dia niatkan pun, saya paham maksud dia tu, kenyataan memang ramai yang menang dari program realiti lain pun menyepi dalam dunia hiburan.”
Apa komen anda?

7 hours ago
5


![[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-6-4.webp)


![[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-4-5.webp)





![[VIDEO] ‘Dendam Seorang Mentua’, Sarat Dengan Konflik & Emosi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-5.webp)


























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)








![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)

