Songket Reimagined: Koleksi Raya HABIB Satukan Warisan & Gaya Moden

10 hours ago 6

Raya memang masa terbaik untuk tampil berseri, dan tahun ini HABIB hadir dengan sesuatu yang cukup memikat hati. Menerusi koleksi baharu bertemakan Songket Reimagined, jenama barang kemas tersohor ini mengangkat keindahan seni serta motif tradisional songket Malaysia lalu diberikan sentuhan moden yang lebih segar.

Menariknya, setiap rekaan dalam koleksi ini dihasilkan dengan penuh ketelitian. Elemen warisan digabungkan dengan gaya kontemporari supaya ia mudah dipadankan sama ada untuk pagi raya, rumah terbuka, ataupun acara malam yang lebih glamor.

Antara yang mencuri perhatian MURAI ialah set yang menampilkan kilauan berlian bersama emas kuning, diinspirasikan daripada bentuk songket yang tersusun rapi. Diperbuat daripada emas putih dan emas kuning 18K, rekaan berlapis dan bertingkat memberi efek dimensi yang membuatkan pantulan cahaya nampak begitu elegan. Ia bold, eksklusif dan dalam masa sama kekal malar segar – memang pilihan tepat untuk mereka yang mahu buat statement di pagi Syawal.

Selain itu, ada juga set yang mengetengahkan motif pucuk rebung, antara corak paling sinonim dalam tenunan songket. Menggunakan emas ros 18K, rekaan filigree yang halus digabungkan dengan inlay Mother-of-Pearl yang lembut bercahaya. Hasilnya cukup anggun tak terlalu sarat tetapi penuh dengan nilai seni dan warisan.

Apa yang MURAI boleh katakan, koleksi ini bukan sekadar cantik dipandang. Ia membawa cerita tentang budaya, tentang tradisi, tetapi diterjemahkan dalam cara yang lebih moden dan relevan dengan gaya wanita hari ini.

Jika anda sedang mencari barang kemas yang bukan saja menyerlahkan penampilan, malah ada makna di sebaliknya, koleksi Raya daripada HABIB ini memang patut masuk dalam senarai wajib lihat.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |