Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

3 hours ago 2

Bahrain kini sedang bersiap untuk jadi hub pelancongan penting, bukan sahaja untuk Asia Tenggara tapi juga Eropah, dengan laluan baharu KUL-BAH-LGW. Lokasinya yang strategik menjadikan Bahrain pintu masuk mudah antara Asia dan Eropah.

London, Laluan ‘Most Wanted’ AirAsia X

Sejak menangguhkan perkhidmatan ke UK sebelum ini, AirAsia X selalu beri isyarat nak kembali. Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Penasihat kepada AAX, pernah kata London adalah laluan “most wanted” syarikat sejak 2014. Laluan baharu ini adalah langkah kedua AirAsia X kembali ke Eropah selepas mula terbang semula ke Istanbul pada November lepas.

MURAI berada di Bahrain untuk menyaksikan sendiri momen penting ini, pelancaran laluan baharu KUL-BAH-LGW oleh AirAsia X. Bahrain kini sedang bersiap untuk jadi hub pelancongan penting, bukan sahaja untuk Asia Tenggara tapi juga Eropah.

Bahrain Sebagai Pintu Masuk Antarabangsa

Menurut Tony, Bahrain boleh jadi pintu masuk untuk bandar-bandar kecil di Asia, Afrika dan Eropah.

“London memang penting dan emosional untuk ramai orang, tapi matlamat sebenar adalah untuk ada beberapa A321 terbang mungkin 15 kali sehari ke Bahrain,” katanya kepada Reuters.

Dari Bahrain, penumpang boleh terus ke Afrika dan Eropah, dengan sambungan yang sebelum ini tidak ada.

AirAsia baru sahaja gabungkan semua syarikat penerbangannya di bawah satu payung, dan mereka guna pesawat Airbus A321XLR untuk laluan jarak jauh. Dengan pesawat ini, mereka boleh bawa model kos rendah Asia ke Eropah dan Afrika, contohnya Penang ke Cologne atau Prague.

Rancang Laluan Jangka Panjang & Destinasi Afrika

AirAsia juga rancang guna pesawat A330 untuk laluan panjang, dan hub Bahrain mungkin ada laluan ke Afrika seperti Maghreb, Mesir, Morocco, Tanzania dan Kenya. Laluan Bangkok ke Eropah pun sedang dipertimbangkan. Fernandes menekankan AirAsia X bukan nak bersaing dengan syarikat besar seperti Emirates atau Qatar Airways, tapi fokus pada pasaran baru, orang yang belum pernah ke Eropah.

Selain buka laluan baharu, projek ini juga bantu ekonomi Bahrain  lebih ramai pelancong, peluang bisnes dalam penerbangan, hotel, dan servis pelancongan. Ia juga bakal buka kerja baru, bantu bangunkan tenaga kerja mahir, dan jadikan Bahrain destinasi pelancongan yang semakin popular di Timur Tengah.

Jadi selepas London, Bahrain jadi pintu masuk utama, dan “next” destinasi boleh meliputi Afrika dan Eropah,  semua ini sebahagian daripada strategi AirAsia X untuk kembangkan pelancongan dan ekonomi Bahrain.

Tambang promosi

Bagi meraikan pencapaian ini, AAX menawarkan tambang promosi dengan masa terhad bermula daripada RM99* dan RM199* termasuk semua sehala dari Kuala Lumpur ke Bahrain dan London, dengan tambang seterusnya bermula daripada RM299* dan RM399* bagi kedua-dua sektor.

Para tetamu juga boleh menikmati perjalanan menggunakan Premium Flatbed AAX yang memenangi beberapa anugerah antarabnagsa bermula daripada RM2,999* termasuk semua sehala bagi kedua-dua sektor, untuk pengalaman penerbangan yang lebih selesa. Penerbangan kini boleh ditempah bermula hari ini hingga 22 Februari 2026, bagi tempoh perjalanan antara 26 Jun hingga 30 November 2026, menerusi airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |