Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan mengatakan rumah tangganya kembali bergolak. Tampil menjawab dakwaan tersebut, Fikry menafikan dakwaan dan mengakui hubungannya dengan isteri, Siti Khazilah Alihan dalam keadaan baik.
Menurut Fikry, dakwaan tersebut muncul selepas dia dan isteri kurang berkongsi momen bersama di media sosial. Tegas pelakon itu, keputusan tersebut dibuat atas dasar menjaga privasi keluarga.
Foto – @fikrylawaksolo (FB)“Dakwaan kononnya masih berantakan itu tidak benar dan saya anggap sekadar spekulasi. Saya percaya ia timbul kerana saya tidak berkongsi gambar. Saya dan isteri memilih untuk tidak berkongsi gambar. Lagipun bukan tiada langsung gambar kami bersama. Di Instagram, saya masih ada beberapa yang dikekalkan.”
Menjawab soal sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama, Fikry mendedahkan mereka menyambut secara berasingan pada tahun ini kerana komitmen keluarga. Jelas Fikry, dia memilih untuk menjaga ibunya dan membenarkan isterinya pulang beraya di kampung.
Foto – @fikrylawaksolo (FB)“Isteri pulang ke Sarawak kerana giliran dia beraya di sana. Saya perlu menjaga ibu, tambahan pakcik saya kurang sihat akibat strok. Saya izinkan dia pulang, tetapi selepas itu kami tetap berjumpa. Malah sebelum raya kami sempat meluangkan masa bersama membeli baju raya.”
Fikry turut menegaskan bahawa dia kekal dengan prinsipnya dalam menjaga privasi keluarga. Akuinya, sejak sebelum berkahwin lagi dia memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadi kepada umum.
Foto – @fikrylawaksolo (FB)“Saya rasa cukuplah setakat ini. Sebelum berkahwin pun saya tidak berdepan isu seperti ini. Jadi saya akan kekalkan prinsip sama. Di media sosial, saya lebih banyak berkongsi mengenai ibu sahaja. Ahli keluarga lain jarang saya kongsikan kerana mahu menjaga privasi.”
Untuk rekod, Fikry Ibrahim dan Siti Khazilah Alihan mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2025 dalam sebuah majlis tertutup, yang hanya dihadiri oleh rakan rapat dan ahli keluarga.

10 hours ago
8

![[VIDEO] Mekyun Kongsi Upacara Sembahyang Sebelum Masuk Rumah Baru, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/a488be1c-755a-4384-b6d8-34ce66e909cf.webp)

































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)








![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)


![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)

