Rupanya Jejaka Ini Pilihan Kareena Kapoor Sebelum Berkahwin Dengan Saif

4 days ago 16

Aktres Kareena Kapoor tidak pernah menyembunyikan hubungan percintaannya daripada peminat. Sama ada hubungan dengan Shahid Kapoor atau Saif Ali Khan, dia tidak pernah menindakkannya.

Walaupun begitu, adakah kamu tahu sebelum dia berkahwin dengan Saif, Kareena pernah jatuh cinta dengan seorang ahli politik dan menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan jejaka tersebut?

Foto – Times of India / NDTV

Meluahkan hasratnya dalam salah satu episod rancangan ‘Rendezvous with Simi Grewal’, Kareena menyebut bahawa dia ingin bertemu dengan Rahul Gandhi kerana mereka berdua berasal daripada keluarga berpengaruh.

Apabila ditanya mengenai siapa yang akan dipilihnya jika diberi peluang untuk menjalinkan hubungan, Kareena menjawab nama Rahul.

Foto – NDTV / Counter Point

“Perlukah saya mengatakannya atau tidak? Ia mungkin agak kontroversi tetapi saya ingin bercinta dengan Rahul Gandhi. Saya sering melihat gambarnya dan tertanya-tanya betapa menariknya jika mengenalinya. Saya berasa daripada keluarga filem, dia pula daripada keluarga politik. Jadi mungkin perbualan kami akan jadi lebih menarik.”

Foto – Bollywood Hungama

Selepas bertahun-tahun kemudiannya, apabila Kareena ditanya semula mengenai kenyataan itu, dia mengatakan pilihannya itu kerana nama keluarga mereka sudah terkenal.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |