Rupa-Rupanya Priyanka Chopra Tak Mahu Bintangi Filem Ini Dengan Salman Khan Kerana…

6 days ago 19
Situs Informasi Hot 24 Jam Viral Online

Kalau kamu nak tahu, Priyanka Chopra dan Salman Khan telah berkongsi skrin dalam beberapa filem termasuklah ‘Mujhse Shaadi Karogi’, ‘Salaam-E-Ishq’, ‘God Tussi Great Ho’.

Mendominasi box office, kedua-duanya dikatakan mempunyai chemistry yang sangat kuat. Dan di sebalik chemistry itu, Priyanka dilaporkan menarik diri, lima hari sebelum penggambaran filem yang digandingkan bersama Salman pada tahun 2019.

Foto – Pinterest / IMDb

Filem tersebut adalah ‘Bharat’, di mana pada awalnya Priyanka ditawarkan watak utama. Tetapi dia menarik diri pada saat-saat akhir sebelum penggambaran bermula. Bagi menggantikan tempatnya, Salman menawarkan watak itu kepada Katrina Kaif.

Menurut beberapa sumber, penarikan diri itu disebabkan oleh hubungan Priyanka dengan Nick Jonas. Seperti yang dilaporkan, Salman menjadi berang dan kemudiannya mengejek Priyanka semasa mempromosikan filem itu.

Foto – Hamara Photos

“Berbanding Bharat, dia memilih Amerika Syarikat dalam ‘nick’ masa Dia (Priyanka) bekerja keras sepanjang hidup dan apabila mendapat filem terbesar dalam hidup, dia buang dan berkahwin. Selalunya, orang akan meninggalkan suami mereka untuk filem ini.”

Foto – Harper’s Bazaar

Menjawab isu tersebut, Priyanka memberitahu bahawa hubungannya dengan Salman adalah baik dan aktor tersebut telah menghadiri perkahwinan mereka. Manakala dia dan suaminya pula sering mengunjungi rumah Salman.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |