Selepas digelar sebagai “pemfitnah” oleh bekas suami, Ahmad Dhani, penyanyi Maia Estianty tampil mencuri perhatian ramai dengan membuat hantaran di platform Threads.
Menerusi hantarannya itu, Maia dilihat menulis tentang iri hati dan kekecewaan dalam hidup, di mana warganet Indonesia mengaitkan ia dengan konflik semasanya dengan Dhani.
“Renungan malam. Kadang-kadang orang cemburu bukan kerana mereka membenci orang lain, tetapi kerana diam-diam kecewa dengan hidupnya sendiri.”
Hantaran Maia itu secara tidak langsung mencetuskan perbincangan meluas dalam kalangan warganet Indonesia. Apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Maia.
“Saya setuju dengan kata-kata ini. Dan kebanyakan orang seperti ini (Dhani) sangat bising. Isinya hanya sindiran dan ucapan kebencian.”
“Kecewa pada hidupnya padahal dia (Dhani) sedang menuai apa yang dahulu sudah dia tabur. Kesimpulannya, tebarlah selalu kebaikan jadi hidup mu tidak akan penuh dengan kekecewaan.”
Foto – @ahmaddhaniofficial (IG)Untuk makluman, baru-baru ini Ahmad Dhani memuat naik klip video pendek Maia yang ditemu bual di sebuah podcast. Di kapsyen hantarannya itu, Dhani mengatakan Maia Estianty tidak berhenti memfitnahnya walaupun sudah berkahwin baru dengan usahawan Irwan Mussry.

12 hours ago
7







![[VIDEO] Athierah Tampil Dengan Single ‘Berdiri’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)








![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)
![[VIDEO] Rozita Che Wan Larang Anak Bongsu Jadi Selebriti- “Mommy Nak Aaisyah Jadi Ustazah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-50.webp)































