Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang sedang sibuk dengan persiapan, ziarah keluarga dan menikmati momen bersama insan tersayang. Tapi dalam ‘mood raya’ yang penuh vibes ini, jangan sampai terlepas satu peluang penting iaitu permohonan Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 yang kini masih dibuka.
Untuk info, permohonan bantuan ini telah dibuka sejak 2 Mac 2026 dan akan ditutup pada 30 April 2026 bagi Bantuan Sara Diri dan Baucar Buku. Jadi, sempat lagi untuk mohon, jangan tunggu last minute!
Apa Itu Bantuan Mahasiswa Anak Perak?
Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Perak bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup dan keperluan akademik.
Secara keseluruhan, sebanyak RM4.75 juta diperuntukkan untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga.
3 Jenis Bantuan Yang Ditawarkan
Kalau anda anak Perak yang sedang belajar, ini antara bantuan yang boleh dimohon:
1. Bantuan Sara Diri
Bantuan kewangan one-off untuk tampung kos harian seperti makan, penginapan dan pengangkutan.
Kadar bantuan:
Diploma: RM500
Ijazah: RM700
Master: RM800
PhD: RM1,000
2. Bantuan Baucar Buku
Bantuan sebanyak RM150 untuk pembelian buku dan keperluan akademik.
Terhad kepada 5,000 pelajar terawal, siapa cepat dia dapat!
3. Bantuan Kecemasan Mahasiswa
Khas untuk pelajar yang berdepan situasi tidak dijangka seperti kemalangan atau masalah kesihatan.
Nilai bantuan boleh mencecah sehingga RM5,000 bergantung kepada kes.
Nilai bantuan boleh mencecah sehingga RM5,000 bergantung kepada kes.
Via Laman Web Rasmi EHEYNSTarikh Penting Yang Perlu Ambil Tahu
Walaupun raya tengah happening, ini tarikh yang anda kena alert:
Bantuan Sara Diri & Baucar Buku
Tutup: 30 April 2026
Bantuan Kecemasan Mahasiswa
Tutup: 31 Oktober 2026
Cara Mohon Bantuan
Permohonan dibuat sepenuhnya secara online melalui portal rasmi Akuan Pengesahan Mahasiswa
Pemohon perlu:
- Muat turun borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
- Mendapatkan cop pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Wakil Rakyat / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT di borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan kesemua dokumen lampiran.
- Membuat permohonan secara atas talian di laman web EHEYNS dan muat naik bersama dokumen yang telah disahkan.
- Semua dokumen lampiran yang telah dimuat naik perlu dihantar secara serahan kaunter atau pos ke pejabat: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
Syarat Ringkas Kelayakan
Secara umum, pemohon mestilah:
- Anak kelahiran Perak atau bermastautin di Perak
- Pelajar IPT sepenuh masa
- Mempunyai pendapatan isi rumah mengikut syarat yang ditetapkan
- Memenuhi syarat khusus mengikut jenis bantuan
Raya memang setahun sekali, tapi peluang bantuan macam ni pun bukan selalu datang. Dalam kita enjoy lemang, rendang dan open house, sempatkan juga luangkan masa untuk apply bantuan ni.
Mana tahu, lepas raya nanti duit bantuan masuk terus boleh ‘survive’ semester dengan lebih tenang. Bijak urus, bijak rebut peluang.

16 hours ago
11






































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)


![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)








