Telang 18 by SeriGreen merupakan satu tempat acara berkonsepkan alam yang menyediakan ruang indoor dan outdoor dalam suasana yang tenang dan penuh dengan kehijauan. Telang 18 ini terletak di Hulu Langat, Selangor, lokasi ini semakin dikenali sebagai destinasi acara yang unik dengan suasana hijau dan tenang, hanya kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur.
Dikelilingi Alam Semula Jadi
Salah satu tarikan utama Telang 18 ialah persekitarannya yang masih terpelihara. Kawasan ini dihiasi dengan kehijauan semula jadi, bunyi aliran air, serta landskap taman yang menenangkan. Gabungan elemen ini menjadikan setiap acara lebih hidup tanpa perlu dekorasi berlebihan.
Bagi yang sukakan suasana damai dan tenang, tempat ini memang sesuai bagi yang mahu menghilangkan stress dari tempat kerja atau masalah peribadi.
The Pavilion
Gambar: Official Website @Telang 18 SeriGreen GardenAntara lokasi utama di sini ialah The Pavilion yang terkenal dengan konsep klasik. Rekaan bangunan menggunakan struktur kayu tradisional dengan siling tinggi serta bukaan tingkap besar dari lantai ke siling yang menghadap ke kawasan hijau.
Rekaan ini bukan sahaja cantik, tetapi juga praktikal kerana pengudaraan semula jadi yang sesuai dengan cuaca tropika Malaysia.
Kapasiti ruang ini juga agak besar:
- Sehingga 1,000 tetamu untuk konsep buffet
- Sekitar 300 hingga 500 tetamu untuk susun atur meja
Lampu candelier yang tergantung di tengah ruang pula menambahkan sentuhan elegan, sesuai untuk majlis daripada santai hingga formal seperti perkahwinan.
The Villa
Bagi yang mahukan suasana lebih eksklusif, The Villa menyediakan tempat di atas tebing dengan pemandangan alam semula jadi yang luas. Reka bentuknya lebih minimal tetapi tetap elegan, menjadikannya pilihan sesuai untuk acara keluarga, majlis kecil atau sesi fotografi.
The Villa Garden
Satu lagi tarikan di sini ialah The Villa Garden, taman yang direka dengan konsep tropika. Dikelilingi tumbuhan hijau, batu-batuan, serta elemen air, kawasan ini memberikan rasa tenang dan nyaman dan sesuai untuk dijadikan majlis outdoor atau tempat penggambaran dengan latar belakang semula jadi yang cantik dan estetik.
Kisah Di Sebalik Pembinaan Telang 18
Gambar: Official Website @Telang 18 SeriGreen GardenMenariknya, Telang 18 bukan sekadar tempat acara biasa. Ia bermula daripada idea pengasas SeriGreen, Jamaliah Hamdan, yang ingin menyediakan lokasi perkahwinan terbaik untuk anaknya sendiri.
Daripada situ, projek ini dibangunkan bersama pasukan dalaman yang terdiri daripada arkitek, kontraktor dan pakar landskap. Walaupun berdepan cabaran masa, hasilnya berjaya direalisasikan dan menjadi lokasi majlis yang indah.
Kini, Telang 18 bukan sahaja digunakan untuk majlis, malah dalam perancangan untuk dijadikan tempat pelancongan. Pengunjung berpeluang menikmati keindahan taman, suasana alam semula jadi, serta mungkin pada masa akan datang, hidangan tempatan yang menarik.
Pilihan Sesuai Untuk Majlis & “Healing”
Telang 18 menyediakan kombinasi yang seimbang antara alam semula jadi dan kemudahan moden untuk majlis perkahwinan, acara korporat atau sekadar mencari tempat tenang, tempat ini ada kelebihannya tersendiri.
APA KOMEN ANDA?

5 hours ago
3






![[VIDEO] Bella Astillah Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/3ed8aa36-dc05-4ba1-a5ab-7cd72e157f54.webp)


























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)










![[VIDEO] Istimewa Dari Isteri, Mr. E Terima Kejutan Romantis Sempena Hari Jadi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2.webp)




