Port Healing Paling Tenang! Latibule Coffee Bawa Vibe Kafe Jepun di Ara Damansara

5 hours ago 8

Latibule Coffee ialah sebuah kafe yang berkonsepkan Japanese kissaten yang menyediakan pengalaman minum kopi yang tenang dengan sentuhan klasik dan retro. Kafe ini terkenal dengan penggunaan teknik manual lever espresso, suasana yang tenang, serta pilihan minuman dan pencuci mulut yang unik yang menjadikannya tempat sesuai untuk lepak santai, dating, atau healing.

Gabungan Estetika Jepun dan Taiwan

@placesmalaysia

Japanese Chill Jazz Cafe in PJ! ☕️📻 . 📌 Step into Latibule Coffee, where cozy vibes meet crafted brews✨. Whether you’re catching up with friends or enjoying a quiet moment alone, this gem is the perfect spot to unwind❤️ . Latibule Coffee 📍 21-1, Jalan PJU 1A/20, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor ✅ 12pm – 7pm (Mon – Fri) ✅ 11am – 7pm (Weekends) 📞 03-7494 0969 . #LatibuleCoffee #HiddenGemsPJ #AraDamansaraCafe #CoffeeLovers #CozyCafesMalaysia

♬ Autumn Jazz Drift – chill chill journal

Menurut  hantaran video Tiktok dari akaun @placemalaysia, kafe ini menunjukkan inspirasi daripada budaya kafe tradisional Jepun dan Taiwan. Ruang dalamannya dihiasi dengan lampu kaca berwarna, lampu meja klasik, perabot kayu, serta pemain piring hitam yang mengalunkan lagu-lagu Cantopop era 90-an.

Suasana di sini juga dikekalkan dalam keadaan tenang, malah pengunjung digalakkan untuk bercakap dengan nada yang rendah. Ini menjadikannya tempat yang sesuai untuk membaca, bekerja, atau berehat dengan lebih fokus.

Kopi Manual dengan Rasa Lebih Seimbang

Keistimewaan utama kafe ini terletak pada penggunaan lever espresso machine, iaitu kaedah manual dalam penyediaan kopi. Teknik ini menghasilkan rasa kopi yang lebih lembut, seimbang dan tidak terlalu tajam.

Antara minuman yang menjadi pilihan ramai ialah:

  • Sibeh Dirty Latte – menggunakan espresso Brazil Fazenda bersama susu freeze-distilled yang bertekstur lembut dan sedikit berasid
  • Slippery Espresso – kopi dark roast dengan lapisan minyak kopi yang memberikan rasa lebih pekat tetapi tetap halus

Bagi yang tidak menggemari kopi, terdapat juga pilihan minuman lain yang tidak kurang menarik.

Pilihan Minuman Unik

Selain kopi, kafe ini turut menawarkan beberapa minuman istimewa seperti:

  • Wintermelon Milk bersama Black Tea Jelly
  • Melon Soda Float
  • Einspanner versi teh

Terdapat juga teh yang dihasilkan daripada bahagian pokok kopi seperti coffee leaf dan coffee blossom, memberikan pengalaman rasa yang berbeza.

Pelbagai Jenis Dessert

Kunjungan ke sini tidak lengkap tanpa mencuba pencuci mulut mereka. Antara yang disyorkan ialah:

  • Egg Pudding (Flan) – bertekstur lembut dengan rasa karamel yang kaya
  • Chocolate Terrine – gabungan tekstur kek, fudge dan mousse yang padat
  • Cheesecake – pilihan berubah mengikut masa

Walaupun tampil sederhana, pencuci mulut di sini sangat sesuai dipadankan dengan minuman yang disediakan.

Apa yang membezakan kafe ini ialah pengalaman keseluruhan yang ditawarkan. Dengan alunan muzik daripada piring hitam, pencahayaan lembut dan suasana yang tenang, ia memberikan ruang untuk pengunjung berehat seketika daripada rutin harian.

Nama “Latibule” sendiri membawa maksud tempat perlindungan, selari dengan konsep kafe ini sebagai ruang untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Maklumat Ringkas

Alamat: Ara Damansara, Petaling Jaya

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat: 12.00 tengah hari – 7.00 malam
Sabtu & Ahad: 11.00 pagi – 7.00 malam

Jika kalian mencari kafe yang bukan sahaja menarik dari segi visual tetapi juga menawarkan suasana yang tenang dan selesa, Latibule Coffee merupakan pilihan yang sesuai untuk dikunjungi.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |