Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip ‘podcast’ yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha sebagai tetamunya.
Dirakam Sebelum Kes Mia & Aqish Meledak
Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil itu mennyatakan bahawa podcast tersebut dirakam selepas Mia memberikan kenyataan yang bersedih apabila sering diberikan watak kanak-kanak sahaja dan turut dirakam sebelum kes dia dan pelakon, Puteri Balqis ‘meletus’.
“Podcast ini dirakam selepas Mia membuat kenyataan sedih diberi watak kanak-kanak sahaja.
Podcast ini jemput Mia untuk follow-up statement itu dan ia dirakam sebelum kes beliau dan Aqish meledak.”-jelas Pak Nil di Threads

Tambahnya lagi, pengacara terkenal ini turut memohon maaf kerana menutup ruangan komen pada hantarannya di Threads.
“Maaf Pak Nil tutup komen.”
Orang Luar Cepat Buat Andaian Pasal Mia Sara
Menerusi hantaran podcast milik Pak Nil iaitu Kita Kita Aje Podcast, menyifatkan orang luar terlalu cepat membuat andaian apabila timbul isu kontroversi tanpa mengetahui cerita yang sebenar.
“Terlajak kata, badan binasa. Bila timbul isu kontroversi, orang luar cepat buat andaian, cepat mencemuh tanpa tahu cerita sebenar.
Hakikatnya yang lalui saja tahu apa sebenarnya jadi. Dan kali ini, Mia luahkan semuanya. Cerita yang lama tersimpan.”-tulis Kita Kita Aje Podcast di Instagram
Sekadar info, Mia mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya yang ditulis sebelum ini sehingga menimbulkan salah faham terhadap Puteri Balqis. Jelas Mia, dia menyedari penulisannya itu mencetuskan tafsiran yang salah meskipun itu bukan niatnya yang sebenar.
Sama-sama kita doakan agar kemelut yang berlaku di antara Puteri Balqis dan Mia akan berakhir dengan baik-baik sahaja.

3 hours ago
3










![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)























![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)


