Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

19 hours ago 10

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif bersama Lomak Salai Tampin, jenama masakan tradisional Negeri Sembilan yang terkenal dengan keaslian rasa dan warisan kulinari, menawarkan pengalaman berbuka puasa unik dengan harga bermula daripada RM44.

Mengangkat nostalgia juadah Ramadhan dalam sentuhan moden, buffet ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa dalam suasana penuh kemeriahan, dihiasi dekorasi berinspirasikan suasana kampung, persembahan muzik busking serta ruang makan yang mesra keluarga. Kolaborasi strategik ini menyatukan kepakaran kulinari autentik Negeri Sembilan dengan fasiliti premium Heritage Valley, menjadikan Ramadhan Feast Buffet antara acara berbuka paling dinanti-nantikan tahun ini.

Sajian Masak Lemak Negeri Sembilan Autentik

Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk sajian masak lemak Negeri Sembilan yang autentik, dengan pilihan seperti Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak. Aroma tradisi salai menambah lapisan rasa pada kuah santan berlemak dan pedas, sementara tekstur siput sedut yang unik memberi pengalaman makan yang menyeronokkan.

Kedua-duanya dihidangkan panas-panas dan paling enak dinikmati bersama nasi putih, menjadikan ia antara sajian warisan yang pasti memikat selera pengunjung bandar.

Selain itu, dengan puluhan pilihan hidangan setiap malam, pengalaman buffet Ramadhan di sini dijamin kaya dengan pelbagai rasa. Antara juadah tradisional yang boleh dinikmati termasuk ayam kampung, satey, dan aneka kuih kampung, di samping pilihan antarabangsa seperti aneka pasta Itali, soto Betawi dan bakso Indonesia, serta hidangan Barat seperti chicken grill dan chicken chop.

Info Ramadhan Feast Buffet

Tempoh Buffet: 20 Februari – 18 Mac 2026
Waktu Operasi: 6.00 petang – 10.00 malam setiap hari
Harga: RM88 (Dewasa) | RM44 (Kanak-kanak)

Heritage Valley mampu menampung sehingga 300 tetamu dalam satu masa, dengan kemudahan mesra pengunjung seperti parkir percuma, ruang solat yang luas dan selesa, serta persekitaran berbuka yang mesra keluarga.

Untuk menambah kemeriahan, Ramadhan Night Market akan berlangsung setiap hujung minggu, menampilkan gerai makanan tradisional serta persembahan muzik busking yang menghidupkan suasana bazar Ramadhan

Tempahan untuk Ramadhan Feast Buffet kini dibuka. Tetamu boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui pautan berikut: https://luxeacre.onpay.my/order/form/1, dan juga boleh menghubungi nombor 018-7617688 untuk sebarang pertanyaan.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |