KLSCM 2025 Kembali Pada 4 & 5 Oktober, Ini Yang Perlu Anda Tahu!

2 days ago 19

Acara larian bertaraf antarabangsa Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2025 (KLSCM) untuk Edisi ke-17 bakal berlangsung pada 4 dan 5 Oktober ini. Para pelari yang menyertai dalam acara tahunan ini boleh menanti beberapa perubahan serta perkembangan yang menarik.

ASICS & HKL Menjadi Gold Sponsor

Pengarah Projek KLSCM 2025, Rainer Biemans, mendedahkan bahawa jenama sukan global, ASICS dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (HKL) telah menandatangani sebagai Gold Sponsor dengan hak penamaan bagi kategori Half Marathon dan 10KM.

Half Marathon kini akan dikenali sebagai Half Marathon Asics, manakala perlumbaan 10KM pula akan dikenali sebagai Pantai KL 10KM. ASICS juga merupakan rakan rasmi untuk kasut dan pakaian KLSCM 2025.

Standard Chartered Perbaharui Penajaan Sehingga 2028

Bukan itu sahaja, Biemans turut berkongsi rasa gembira apabila Standard Chartered telah memperbaharui penajaan acara tahunan KLSCM untuk empat tahun lagi, iaitu sehingga tahun 2028.

Bertukar Lokasi Baharu

Selain itu, Biemans turut mengumumkan mengenai perubahan lokasi permulaan dan penamat acara tahun ini dari lokasi ikonik Dataran Merdeka disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang masih dijalankan di kawasan tersebut.

Acara tahunan ini akan berakhir di Stadium Merdeka, manakala lokasi permulaan (starting line) akan bermula di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur yang akan diumumkan kelak.

Pendaftaran Keutamaan Bermula Hari Ini

Dalam pada itu, pendaftaran keutamaan KLSCM mula dibuka pada hari ini sehingga 21 April 2025. Manakala pendaftaran RFAR dan Corporate Challenge akan berlangsung dari 17 April hingga 31 Julai.

Pendaftaran keutamaan ini adalah untuk para peserta yang telah bertanding sekurang-kurangnya lapan edisi sebelumnya, serta pelari yang menamatkan larian KLSCM 2024 atau 2023 dengan catatan masa tertentu.

Pendaftaran awam pula dibuka pada 22 April dan ditutup pada 31 Julai atau apabila slot perlumbaan telah habis dijual.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi KLSCM atau media sosial KLSCM seperti Instagram, Twitter, dan Facebook.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |