Isu tangkapan seorang pendakwah popular di TikTok yang dikaitkan dengan salah guna dana sehingga RM12.3 juta memang sedang hangat diperkatakan di media sosial. Macam biasa, bila isu besar macam ini meletup, ruang komen pun mula “panas” dengan pelbagai teori, rasa tidak puas hati dan perbandingan yang kadang-kadang jauh menyimpang.
Antara yang turut mencuri perhatian ialah komen daripada Caprice yang tampil memberi pandangan tegas, tanpa berselindung dan terus ke point.
Dalam nada yang cukup jelas, Caprice menegaskan bahawa soal salah laku tidak sepatutnya diikat dengan bangsa atau latar belakang seseorang. Katanya,
“Bangsa lain kene tangkap. Cuma maybe bangsa lain tu bukan influencer atau orang-orang terkenal… it doesn’t matter what race you are. Salah tetap salah.”
Ayat itu sahaja sudah cukup untuk mencetuskan perbualan baharu di kalangan netizen. Ada yang bersetuju, ada juga yang cuba mempertahankan hujah masing-masing.
Caprice turut menyentuh isu persepsi masyarakat yang sering melihat sesuatu tindakan undang-undang dari sudut yang sempit. Katanya lagi, kalau nak dikira ratio NGO di Malaysia, memang lebih banyak NGO berteraskan Islam kerana majoriti penduduk negara ini adalah Muslim. Jadi, menurutnya, tidak wajar untuk terus mengaitkan isu salah laku dengan kaum atau agama tertentu sahaja.
Dalam masa yang sama, Caprice turut menyentuh satu perkara yang lebih sensitif, bagaimana sesetengah pihak mungkin tanpa sedar mula “melatih” persepsi masyarakat untuk melihat agamawan secara negatif hanya kerana beberapa kes terpencil.
“Takkan kita nak tutup mata orang yang tunggang agama demi kepentingan sendiri sebab mereka Melayu?” begitu lebih kurang mesej yang cuba disampaikan, yang jelas menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap naratif berat sebelah.
VIA THREADSKenyataan ini hadir susulan penahanan seorang pendakwah TikTok yang sebelum ini dikenali dengan konten keagamaan, namun kini terpalit dengan siasatan berkaitan pengurusan dana yang besar.
Apa pun, satu perkara yang Caprice tekankan cukup jelas dalam soal undang-undang dan integriti, tidak ada tempat untuk pilih kasih. Bila salah, tetap salah, tak kira siapa pun di belakangnya.

5 hours ago
3


![[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-6-4.webp)

![[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-4-5.webp)






![[VIDEO] ‘Dendam Seorang Mentua’, Sarat Dengan Konflik & Emosi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-5.webp)


























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)








![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)

