Isu harga rawatan kecantikan di klinik estetik nampaknya kembali jadi bualan hangat di kalangan rakyat Malaysia. Kali ini, perbandingan dengan negara jiran seperti Indonesia buat ramai ternganga tengok beza harga yang boleh dikatakan agak ketara.
Seorang pengguna di Threads meluahkan rasa terkejut selepas mencuba rawatan di Benings Clinic. Persoalnya:
“Kenapa aesthetic clinic kat Malaysia mahal sangat compare Indonesia? I baru gi Jakarta, buat treatment NCTF 3cc + Proyellow laser + whitening facial = 2.2 juta. Convert RM500 je. Ni kalau buat kat Malaysia habis ribu-ribu duit I.”
Luahan itu terus mencetuskan perbincangan panjang, siap dengan pelbagai pandangan netizen.
Ada yang menyokong dan berkongsi pengalaman hampir sama:
“Memang betul, I pun pernah buat kat sana. Package dia banyak, jadi lagi murah. Kat Malaysia satu-satu charge. Kat sini (Malaysia) kadang consultation pun dah mahal. Belum masuk treatment lagi.”
Namun, ada juga yang tampil beri perspektif berbeza, termasuk dari warga Indonesia sendiri:
“Yes betul tu, Indonesia memang terkenal lebih affordable untuk aesthetic treatment. Sebab di sini banyak high volume clinic + package pricing, jadi cost per treatment memang lebih rendah. Tapi kena pandai pilih juga clinic yang trusted yaa.”
Dalam masa sama, isu mata wang turut jadi topik penting:
“Mata wang kan tak sama sis. Ringgit bila dirupiahkan memang nampak murah. Tapi bagi orang Indonesia tu dah kira mahal juga. Kalau orang luar datang Malaysia, mungkin diorang pula rasa murah. Kita je rasa mahal sebab guna ringgit.”
MURAI nampak, isu ini bukan sekadar “mahal vs murah” semata-mata. Ada faktor pakej, jumlah pelanggan, kos operasi, nilai mata wang dan juga tahap kepercayaan terhadap klinik itu sendiri.
Akhir kata, macam biasa, nak cantik boleh, tapi jangan sampai salah pilih. Murah memang menggoda, tapi keselamatan tetap nombor satu. Jadi, korang team buat di Malaysia atau sanggup fly demi harga lebih jimat?

4 hours ago
3




![[VIDEO] Penampilan Sharifah Sakinah Di Premier ‘Tarung: Unforgiven’ Dikecam- “Acah Pelakon Hollywood”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-12.webp)

![[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy A57 5G: Apa Yang Membezakan Dengan Sebelumnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-46.webp)




![[VIDEO] 5 Hari Bersama Kia Sportage 2.0 High & Ini 5 Perkara Yang Buat Tertarik](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-40.webp)


![[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2.webp)





![[VIDEO] “Kalau Anak Sakit Macam Tu, Saya Sanggup Dermakan Tulang Sumsum”- Datin Seri Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-10.webp)













![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)















![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)