Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan sebanyak RM850,000 bagi melaksanakan 17 Projek Jiwa MADANI di Melaka sepanjang tahun ini, sekali gus membuktikan komitmen berterusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendekati masyarakat.
Menurut Berita Harian, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaksanaan projek berkenaan dilakukan secara gotong-royong melibatkan ATM dan penduduk setempat, dengan matlamat memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.
Projek Pertama Bermula di Kampung Cheng
Tambah beliau, projek pertama di Melaka melibatkan pembinaan pagar baharu Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najwan, Kampung Cheng, dengan peruntukan sebanyak RM50,000.
“Jiwa Murni MADANI atau dikenali Jiwa MADANI adalah antara komponen penting dalam usaha memperkukuh kerjasama antara anggota tentera dan orang awam dan menerusi program ini, kementerian akan mengenal pasti kampung atau kawasan yang memerlukan bantuan sebelum menyalurkan sumbangan demi kesejahteraan masyarakat,” katanya selepas menyerahkan replika cek bagi pelaksanaan Projek Jiwa MADANI Kementerian Pertahanan 2026.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled NordinLebih Daripada Bantuan Fizikal
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, program Jiwa MADANI bukan sekadar inisiatif kebajikan, malah mencerminkan keprihatinan ATM terhadap masyarakat, di samping memperkukuh hubungan antara orang awam dan tentera.
Katanya, pendekatan itu selari dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang menuntut penglibatan rakyat sebagai rakan strategik ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Kita mahukan sesuatu yang boleh dirasai, boleh dilihat dan memberi kesan berkekalan. Sebab itu pendekatan ini dipilih dengan peruntukan sepenuhnya disalurkan oleh MINDEF dan ATM,” katanya.
Via Tiktok Angkatan Tentera MalaysiaKerajaan Negeri Digalak Main Peranan
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri boleh memainkan peranan lebih besar dalam merealisasikan agenda HANRUH melalui kerjasama bersama ATM.
“Sekiranya terdapat program atau projek yang belum dilaksanakan bagi menyokong dan merealisasikan matlamat HANRUH, ATM bersedia untuk bekerjasama dan melaksanakan projek secara gotong-royong bersama masyarakat setempat dengan peruntukan disediakan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Pendek kata, Jiwa MADANI bukan sekadar projek, tapi jambatan antara tentera dan rakyat. Kecil pada skala, besar pada impak.

4 hours ago
3










![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)























![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)


