Jangan Terlepas! Ini Bantuan Komputer Riba Pelajar Setiap Negeri Yang Ramai Tengah Cari

2 hours ago 3

Bagi lepasan SPM yang bakal melangkah ke alam universiti, kolej atau matrikulasi, memiliki komputer riba kini bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Dalam dunia pembelajaran yang semakin digital, laptop menjadi ‘survival kit’ utama untuk menghadiri kelas, menyiapkan tugasan dan mengakses bahan pembelajaran.

Berita baiknya, pelbagai bantuan laptop dan komputer riba disediakan di seluruh negari bagi membantu pelajar yang memerlukan terutamanya daripada keluarga B40. Ramai yang mungkin tak tahu, setiap negeri sebenarnya ada inisiatif tersendiri yang boleh dimohon.

Apa Itu Bantuan Laptop Pelajar?

Secara ringkas, bantuan laptop pelajar merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri, yayasan pendidikan atau agensi tertentu yang menawarkan komputer riba percuma, subsidi pembelian atau pinjaman peranti kepada pelajar yang layak.

Antara Bantuan Yang Ditawarkan Mengikut Negeri

Cara Mohon Bantuan Laptop Pelajar

Secara umumnya, proses permohonan melibatkan beberapa langkah berikut:

  • Menyemak syarat kelayakan mengikut bantuan negeri.
  • Melayari portal rasmi agensi berkaitan.
  • Mengisi borang permohonan secara dalam talian.
  • Memuat naik dokumen sokongan seperti kad pengenalan, surat tawaran IPT dan slip pendapatan.
  • Menghantar permohonan sebelum tarikh tutup.

Pemohon juga disarankan untuk sentiasa menyemak status permohonan melalui portal rasmi dari semasa ke semasa.

Berhati-Hati Dengan Tawaran Palsu

Peringatan Murai, pelajar dan ibu bapa diingatkan supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran bantuan laptop percuma yang dikongsi melalui Telegram, WhatsApp atau pautan tidak rasmi.

  • Pastikan semua permohonan hanya dibuat melalui portal sah yang menggunakan domain rasmi seperti “.gov.my” atau laman web rasmi yayasan negeri.
  • Maklumat peribadi tidak seharusnya dikongsi melalui pautan yang meragukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Bagi lepasan SPM yang sedang bersiap untuk melangkah ke alam pengajian tinggi, bantuan-bantuan ini boleh menjadi peluang penting untuk mendapatkan kemudahan pembelajaran yang lebih baik. Semak kelayakan anda dan buat permohonan secepat mungkin kerana kebanyakan program mempunyai kuota terhad serta tarikh tutup tertentu.

Kenapa Bantuan Ini Penting?

Bagi sesetengah keluarga, membeli laptop bernilai ribuan ringgit bukan perkara mudah. Sebab itu, bantuan seperti ini boleh jadi ‘game changer’ buat pelajar untuk terus fokus pada pelajaran tanpa perlu risau soal peranti.

Kalau anda lepasan SPM atau bakal sambung belajar, ini masa terbaik untuk mula semak peluang bantuan yang ada. Pesanan Murai buat adik-adik, jangan tunggu last minute baru nak cari info. Kadang-kadang peluang dah ada depan mata, cuma ramai terlepas sebab tak alert.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |