Di media sosial sekarang, semua benda boleh jadi bahan ulas. Belum sempat isu reda, muncul pula “pendakwah keyboard” yang rasa diri paling betul. Tapi kali ini, teguran tegas daripada pendakwah dan figura terkenal, Haris Ismail, suami kepada Neelofa membuatkan ramai tersentak.

MURAI sendiri baca, terus angguk. Keras, tapi memang kena pada tempatnya.
Haris memuat naik satu bebenang di platform THREADS dengan nada yang jelas menunjukkan rasa kecewa melihat budaya “komen dulu, fikir kemudian”. Antara kata-katanya yang paling mengena:
“Macam-macam sekarang ni.
Semua pakat nak comment.
Tapi nak tanya juga…
Anak 10 tahun alif bata tak kenai lagi.
Bini aurat pun tak tahu lagi mana satu.
Nafkah jauh tertunggak.
Yang mungkar kita cegah,
Tapi yang lebih aula (utama) jangan kita abai.”
MURAI baca pun rasa macam kena batang hidung masyarakat hari ini.
Teguran Ini Bukan ‘Shade’, Tapi Reality Check
Dari sudut pandang MURAI, apa yang Haris tekankan ni bukan sekadar sindiran. Ia lebih kepada wake-up call untuk semua yang sibuk menegur orang lain, sedangkan tanggungjawab sendiri masih tunggang-langgang. Namun respon dari netizen ada yang diluar jangkaan.

Kita boleh nampak trend hari ini, isu agama jadi topik panas, semua nak bagi input. Tapi bila tengok realiti:
• Anak pun belum diajar asas mengaji.
• Isteri pun belum dipimpin bab aurat.
• Nafkah pun entah berapa bulan tertunggak.
Haris mengingatkan, menegur itu betul. Tapi prioriti kena tepat. Asas rumah tangga dan agama dalam keluarga sendiri adalah kewajipan paling utama sebelum kita sibuk membetulkan orang lain. MURAI pun setuju, banyak yang nak jadi “penasihat” di internet, tapi lupa peranan sebagai ibu bapa, pasangan atau ketua keluarga.
Gaya Haris kali ini memang straight to the point. Tak balut dengan ayat manis. Tapi mesejnya jelas:
“Yang utama jangan diabaikan. Yang wajib jangan ditinggalkan. Jangan sibuk mengurus salah orang, tapi gagal membetulkan dalam rumah sendiri.”
Buat yang belum kenal, Haris bukan sekadar figura media sosial. Beliau adalah seorang pendakwah dan aktivis dakwah, sering memberi tazkirah dan panduan agama dengan pendekatan yang mudah difahami masyarakat moden. Dengan latar belakang pendidikan agama yang kukuh dan pengalaman luas dalam komuniti dakwah, Haris memang dikenali sebagai seorang yang tegas, tapi berpandangan praktikal tentang kehidupan berkeluarga dan tanggungjawab sosial.

3 hours ago
4










![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)























![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)


