Menjelang Sambutan Tahun Baharu Cina, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang akan berkuat kuasa bermula 13 hingga 21 Februari ini.
Menurut Berita Harian, Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan skim selama sembilan hari itu meliputi empat hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan empat hari selepas perayaan yang bertujuan untuk memastikan keseimbangan harga barangan keperluan serta melindungi kepentingan pengguna dan peniaga.
“KPDN sentiasa bekerjasama dengan KPKM bagi memastikan bekalan barangan mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan skim,” katanya selepas merasmikan SHMMP sempena Tahun Baharu Cina di Taman Pandan Mawar.
Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali16 Barangan Dikawal, Ikut Negeri
Beliau juga memaklumkan, sebanyak 16 barangan dikenal pasti untuk dikawal di bawah SHMMP kali ini, namun jumlahnya berbeza mengikut negeri.
- Sarawak merekodkan kawalan ke atas 16 barangan.
- Semenanjung Malaysia dan Sabah melibatkan 15 barangan
- Wilayah Persekutuan Labuan pula sebanyak 14 barangan.
Empat Barangan Baharu Dalam Senarai Kawalan
Menariknya, SHMMP Tahun Baharu Cina kali ini turut menyaksikan penambahan empat barangan baharu khusus untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Antara barangan tersebut ialah:
- sayur sawi pendek
- sawi Jepun
- cili merah
- bawang kuning besar dan bawang merah besar
Antara Barangan Keperluan Harga Terkawal pula ialah:
- ikan bawal putih
- udang putih
- bawang putih (China)
- kobis bulat import
- lobak merah
- lobak putih
- ubi kentang (China)
- halia tua import
- kepak ayam
- selain daging dan perut babi.
Bagi babi hidup pula, kawalan harga dilaksanakan di peringkat ladang bagi memastikan rantaian bekalan kekal stabil.
Pendekatan ‘Win Win Situation’ Pengguna dan Peniaga
Tambah beliau, tempoh pelaksanaan SHMMP ditetapkan secara bersesuaian bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak.
Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan, manakala peniaga pula tidak terbeban dengan tempoh kawalan yang terlalu panjang.
Penetapan senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan turut mengambil kira faktor permintaan dan penawaran, kos semasa, cuaca, kadar upah serta pandangan rakan strategik termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Penguatkuasaan Dipertingkat, Denda Menanti Pesalah
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 akan dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, dengan harga maksimum di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak menerusi laman web rasmi KPDN.
Pegawai penguat kuasa KPDN akan ditempatkan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah bagi memastikan pematuhan peniaga.
Peniaga juga diingatkan supaya menggunakan label harga berwarna merah jambu bagi barangan terkawal, dengan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM500,000 boleh dikenakan terhadap syarikat yang gagal mematuhi peraturan.
Saluran Aduan & Jualan Rahmah MADANI
Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan berkaitan boleh menyalurkannya kepada KPDN melalui WhatsApp 019-8488000, talian 1-800-886-800, portal eAduan KPDN atau aplikasi Ez ADU KPDN.
Dalam masa sama, KPDN turut melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sempena Tahun Baharu Cina bermula 3 hingga 17 Februari, dengan sebanyak 920 program jualan dirancang di seluruh negara bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Pendek kata, sambutan perayaan kali ini diharap lebih tenang, dengan harga terkawal dan poket pengguna kekal selamat.

18 hours ago
7




![[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/5c706b27-48ac-448e-b570-41888ec4e747-1.webp)
![[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/f4963938-b344-4a98-b83f-8cb23a01480a.webp)













![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)













![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)















![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)