[FOTO] Tidak Berbaju Untuk Muka Depan Majalah, BLACKPINK Jennie Sekali Lagi Dikecam!

1 week ago 26

Ahli kumpulan BLACKPINK, Jennie Kim sekali lagi menjadi topik perbincangan utama apabila memuat naik foto terbarunya dengan pilihan fesyen yang sangat berani!

Menjadi tular dalam sekelip mata, Jennie dilihat menghiasi muka depan majalah HOMME GIRLS dengan beberapa penampilan yang sangat kontroversi. Salah satunya adalah dia hanya menggunakan prop untuk menutup bahagian dadanya.

Menunjukkan bahagian atas badan yang terdedah sepenuhnya, Jennie menutup bahagian dadanya dengan menggunakan prop berbentuk bunga kamelia yang menjadi signature bunga jenama Chanel.

Foto – @hommegirls (IG) / Reddit

Bukan itu sahaja, Jennie turut tampil berani dengan gaun renda putih dan kot tweed tanpa sebarang pakaian di dalamnya.

Foto – @hommegirls (IG)

Memetik kenyataan HOMEE Girls, majalah ini menggambarkan Jennie sebagai satu kuasa kuat dan fenomena di seluruh dunia.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |