Pendakwah bebas, Firdaus Wong tampil bersuara terhadap isu adegan ranjang sebuah persembahan teater yang menyertai pertandingan Karnival Teater (KARVITER) di Universiti Malaysia yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Firdaus Wong menerusi hantaran di Thread, turut mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang melakonkan babak bersentuhan dan adegan ranjang sedemikian walapun ia hanya lakonan teater.
“Kejadian dikatakan berlaku di salah sebuah universiti terkemuka. Walaupun lakonan teater, apakah perlu melakonkan babak sentuh menyentuh & adegan di ranjang seperti ini?
Belum lagi termasuk penonton yang menjerit teruja dengan adegan maksiat seperti ini? Benarlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam,
“…jika engkau tidak lagi memiliki rasa malu maka berbuatlah sesuka hatimu.” (HR. Al-Bukhari)
Adakah kita sedang melahirkan generasi yang memegang berpendidikan tinggi tetapi akhlaknya rendah?.”-tulis Firdaus Wong di Thread

“Kita Tidak Bersetuju Dengan Perbuatan Itu Tetapi…”
Selain itu, pendakwah bebas ini turut memberikan teguran terhadap para netizen yang melampaui batas dalam mengkritik perbuatan pihak terlibat selain menyatakan bahawa Islam mengajar kesederhanaan dalam setiap perkara termasuklah dalam mencintai dan membenci.
“Adegan kontroversi dalam lakonan teater di Universiti Malaya semalam.. Kita tidak bersetuju dengan perbuatan itu tetapi jangan pula melampaui batas dalam mengkritik perbuatan mereka itu.
Islam mengajar kita kesederhanaan dalam setiap perkara begitu juga dalam mencintai & membenci.”-tambah Firdaus Wong lagi

Pihak UM Beri Penjelasan
Dalam pada itu, pihak Universiti Malaya tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung isu adegan yang tular itu selain mendapati adegan yang dipertontonkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan.
“Pihak universiti memandang serius perkara ini serta mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan.
Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang telah ditetapkan.
Universiti Malaysia dengan ini memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul.”-kenyataan rasmi Universiti Malaya

Apa komen anda?

15 hours ago
10



































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)









![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)



