[FAKTA] Tulip Paling ‘Rare’ Di Netherland Dinamakan Sempena Nama Aishwarya Rai

1 day ago 16

Fakta bukan auta!

Pada tahun 2005, kerajaan Belanda telah memberi penghormatan unik kepada aktres Bollywood, Aishwarya Rai dengan menamakan pokok tulip yang jarang ditemui sempena namanya.

Boleh ditemui di Taman Keukenhof, Netherland, pokok tulip ini diperkenalkan kepada umum sebagai simbolik meraikan kecantikan, keanggunan dan pengaruh global Aishwarya.

Foto – Reddit

Aishwarya yang berbesar hati dengan pengiktirafan ini, menyatakan rasa bangganya apabila dunia telah mengenali “seorang India”.

Foto – Reddit

Untuk pengetahuan kamu, pengaruh global Aishwarya tidak boleh dijangka dan menjangkau jauh daripada yang kita bayangkan. Dia juga sering tersenarai dalam kalangan wanita paling cantik di dunia dan pernah dipaparkan dalam senarai 100 wanita paling menarik oleh majalah berprestij antarabanga.

Apa pendapat kamu? Pokok tulip ‘Aishwarya Rai’ ini cantik seperti namanya kan?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |