Didakwa Bercerai Dengan Nikhil Nanda, Shweta Bachchan Kini Bercinta Dengan Hrithik Roshan?

4 days ago 10

Rasanya peminat Bollywood tahu Abhishek Bachchan dan Hrithik Roshan telah berkawan sejak mereka kecil lagi. Tetapi adakah kamu tahu bahawa kakak Abhishek iaitu Shweta Bachchan dan Hrithik juga berkawan?

Menurut beberapa laporan media, kedua-duanya berkawan rapat sehingga munculnya khabar angin mengenai mereka bercinta ketika kehidupan rumah tangga Shewta dan Hrithik sedang bergolak.

Sekadar info untuk kamu, khabar angin bermula selepas Hrithik berpisah dengan Sussane Khan dan ketika belum terlibat dengan Kangana Ranaut.

Foto – Masala / IDN Times

Semuanya bermula daripada ketika kaki Hrithik telah cedera dan rakannya, Abhishek dan Shewta sering melawatnya. Ada ketika Abhishek terlalu sibuk dengan kerjanya, Shweta akan melawat bersendirian. Dan dalam tempoh ini, dia telah menjadi pelawat tetap dan banyak menghabiskan masa bersama.

Foto – GQ India

Khabar angin mengenai Shweta dan Nikhil Nanda berpisah kerap kali muncul. Lebih-lebih lagi apabila Shweta berpindah secara kekal ke Mumbai dan bukannya Delhi. Mereka juga jarang dilihat bersama dan kedua-duanya tidak bercakap mengenainya secara terbuka.

Ada banyak laporan menyatakan bahawa mereka telah berpisah tetapi tidak akan bercerai kerana ia boleh merosakkan reputasi keluarga Bachchan.

Foto – Rediff

Setelah menghabiskan banyak masa bersama, hubungan mereka akhirnya menemui penghujungnya apabila munculnya pihak ketiga iaitu Kangana Ranaut yang mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan ramai. Shweta memilih untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu terlibat dalam kontroversi itu.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |