Baru-baru ini, nama Diana Danielle hangat kat media sosial bila ramai mula berspekulasi, “Eh, Diana tengah bercinta ke dengan kekasih baharu?” Gosip bertiup kencang bila didapati dia mula belajar bahasa Mandarin. Ramai terus kaitkan dengan kemungkinan pasangan berbangsa Cina. Tapi sebenarnya, semua ni bukan tentang percintaan.
Semua Sebab Diana Nak Mahir Bahasa Mandarin
Rupanya, Diana mengambil keputusan untuk mula belajar bahasa Mandarin sebagai cabaran peribadi dan minat belajar bahasa baru. Pelakon dan penyanyi ini nak menambah skil baru, serta menghargai kepelbagaian budaya dalam masyarakat Malaysia. Jadi, pembelajaran bahasa ini bukan sebab crush baru, tapi lebih kepada Diana nak explore dan keluar dari zon selesa.
Lagu Raya Baharu “Raya Macam Mana?”
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Diana tampil dengan pendekatan segar menerusi kolaborasi istimewa bersama rapper Francis Roman dalam single raya terbaharu berjudul Raya Macam Mana?. Lagu ini hadir dengan rentak ceria dan moden, membawa kelainan dalam deretan lagu raya tempatan yang lazimnya sarat elemen nostalgia.
Menariknya, lagu ini disampaikan dalam bentuk dialog muzik unik Francis bertanya tentang sambutan Hari Raya, manakala Diana menjawab sambil menerangkan tradisi perayaan tersebut. Pendekatan ini secara halus menonjolkan semangat perpaduan di Malaysia, di mana budaya berbeza boleh diraikan bersama.
Video Muzik Meriah & Rap Bertenaga
Single ini turut disertai video muzik rasmi yang memaparkan suasana meriah sambutan Aidilfitri Diana dan Francis bersama rakan-rakan mengenakan baju raya, menghadapi kesesakan trafik balik kampung, serta menikmati hidangan tradisi seperti nasi impit, rendang dan snek kuih raya. Babak pertemuan keluarga dan rumah terbuka yang meriah diserikan lagi dengan gerak tari santai dikoreografi Francis serta dekorasi raya berwarna-warni.
Walaupun gosip mengatakan Diana tengah bercinta dengan jejaka baru, sebenarnya fokus utama Diana adalah belajar bahasa Mandarin dan mencipta karya segar untuk peminat. Lagu “Raya Macam Mana?” bukan sekadar hiburan, tetapi juga gambaran keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya, dan bahasa semangat yang sentiasa terasa setiap kali Syawal menjelang.


4 hours ago
4


















![[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-54.webp)

![[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-55.webp)
























![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)




![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)

