Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND Hotel Malaysia tampil dengan sesuatu yang berbeza menerusi Flavours of Nusantara, sebuah buffet Ramadan yang bukan sekadar mengenyangkan, tetapi penuh pengalaman.
Berlangsung dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026, buffet ini diadakan di Bricks Family Restaurant yang baru sahaja menjalani proses naik taraf, menjadikannya antara lokasi iftar paling family-friendly untuk musim Ramadan kali ini.
Lebih 200 Hidangan Nusantara, Dari Kampung ke Antarabangsa
Mengangkat konsep citarasa Nusantara, Flavours of Nusantara menyajikan lebih 200 pilihan hidangan yang diinspirasikan daripada masakan Malaysia, Indonesia serta seleksi antarabangsa. Setiap menu disusun untuk memberi rasa ‘comfort food’ yang dekat di hati, sesuai dinikmati bersama keluarga dan insan tersayang.

Antara menu yang dijangka mencuri perhatian termasuk:
- Whole Lamb panggang perlahan, dihidangkan secara live carving
- Claypot Asam Pedas yang pekat berempah
- Patin Tempoyak, berani tapi padu
- Daging Salai Daun Selom yang beraroma kampung
- Daging Kalio ala Minangkabau
- Satay Minang yang kaya rempah
Pendek kata, memang syurga buat pencinta makanan tradisi. Confirm susah nak pilih satu je.
Live Cooking Station Jadi Tarikan, Panas-Panas Terus Ke Meja
Apa yang buatkan buffet ini lebih ‘hidup’ ialah kehadiran live cooking stations yang menambah elemen interaktif. Antaranya:
- Mee Tarik / Ramen dengan pilihan sup daging atau ayam
- Bakso panas-panas
- Stesen panggang & masakan terus di depan mata

Semua ini memberi pengalaman berbuka yang lebih segar, bukan sekadar ambil dan makan.
Penutup Manis, Kuih Nostalgia & Dessert Live
Selesai hidangan utama, tetamu boleh ‘slow down’ dengan pilihan pencuci mulut yang membangkitkan nostalgia Ramadan. Antara yang disediakan:
- Kuih Ketayap dibuat secara live
- Cucur durian, cucur pisang dan cucur jagung
- Kopi Turki buatan tangan sebagai penutup beraroma

Ringkas tapi cukup ‘kena’ dengan suasana Ramadan.
Ruang Mesra Keluarga, Anak Pun Tak Bosan
Satu kelebihan besar Bricks Family Restaurant ialah konsepnya yang mesra keluarga sepenuhnya. Ruang makan yang luas, laluan stroller-friendly, kaunter rendah khas untuk kanak-kanak serta meja aktiviti dengan helaian mewarna dan permainan mini menjadikan pengalaman iftar lebih tenang untuk ibu bapa.

Tak hairanlah buffet ini disasarkan sebagai lokasi ideal untuk buka puasa keluarga besar atau gathering santai bersama rakan.
Harga & Tawaran Early Bird
Waktu: 6.00 petang – 10.00 malam
Harga Early Bird (23 Januari – 20 Februari 2026):
- Hari Biasa (Isnin – Khamis)
- Dewasa: RM168
- Warga Emas: RM118
- Kanak-kanak: RM68
Hujung Minggu (Jumaat – Ahad)
- Dewasa: RM200
- Warga Emas: RM148
- Kanak-kanak: RM98
Dengan pilihan makanan yang pelbagai, suasana santai dan konsep mesra keluarga, Flavours of Nusantara jelas menjadi antara buffet Ramadan yang wajar masuk dalam senarai tahun ini.
Kalau nak berbuka dengan vibe berbeza, pilihan makanan yang rambang mata, anak happy, ibu bapa pun boleh chill, ini lah tempatnya.

2 hours ago
2




![[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-12.webp)












![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)


















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)





![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)



