Berita baik buat golongan usahawan di Negeri Perak kini boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri Perak menerusi Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) tampil menawarkan Geran Usahawan Perak Sejahtera 2026 (GeRAK+) khas buat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) penjaja, peniaga serta usahawan informal.
Menariknya, bantuan ini diberikan secara one-off dan penerima tidak perlu membayar semula geran yang diterima. Memang berita yang ramai usahawan tunggu-tunggu!
Apa Itu Geran Usahawan Perak Sejahtera 2026 (GeRAK+)?
GeRAK+ merupakan inisiatif bantuan kewangan khas untuk membantu usahawan di Perak meningkatkan kapasiti perniagaan masing-masing.
Antara fokus utama geran ini termasuk:
- Meningkatkan kapasiti dan pengeluaran
- Menambah baik produktiviti
- Memperkukuh pengurusan kewangan
- Memperbaiki jenama serta pembungkusan produk
Lebih best, geran ini terbuka kepada pelbagai jenis perniagaan termasuk usahawan kecil dan informal.
Jumlah Bantuan Ditawarkan.
Menerusi Geran GeRAK+ 2026 ini, pemohon yang layak boleh menerima bantuan sehingga RM5,000.
Bantuan ini diberikan secara one-off bagi membantu mengembangkan operasi perniagaan tanpa membebankan usahawan dengan komitmen bayaran balik.
Tarikh Permohonan GeRAK+ 2026
Permohonan dibuka bermula:
- 2 Mei 2026
- 2 Jun 2026 (tarikh tutup)
Jadi, usahawan yang berminat disarankan supaya tidak tunggu last minute untuk buat permohonan.
Apa Yang Boleh Dibiayai Melalui Geran Ini?
Antara kos yang boleh dibiayai di bawah GeRAK+ ialah:
- Pembelian peralatan atau perkhidmatan untuk tingkatkan produktiviti
- Kos pendaftaran pensijilan khas
- Yuran kursus berkaitan peningkatan kapasiti perniagaan
- Aktiviti pemasaran dan pemasaran digital
- Penambahbaikan pembungkusan produk
- Pembangunan sistem digital seperti laman web atau sistem tempahan
- Langganan software operasi atau kewangan
- Pengubahsuaian premis untuk tujuan pensijilan
Kiranya memang banyak benda boleh dimanfaatkan untuk upgrade bisnes ke next level!
Syarat Kelayakan Permohonan
Nak mohon GeRAK+ 2026? Ini syarat yang perlu dipenuhi:
- Mempunyai SSM yang sah dan berdaftar di Negeri Perak
- Warganegara Malaysia
- Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
- Berumur antara 18 hingga 60 tahun
- Nilai jualan tahunan RM100,000 hingga RM300,000
- Berdaftar dengan LHDN
- Mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (TCC)
- Tidak pernah menerima Geran GeRAK bagi tahun 2024 dan 2025
- Perlu lampirkan penyata bank 3 bulan sebagai bukti jualan
Syarat Pembelian Barang & Peralatan
Pemohon juga perlu ambil perhatian tentang syarat pembelian berikut:
- Barang dipohon tidak pernah menerima bantuan agensi lain
- Harga setiap barang mestilah melebihi RM100
- Peralatan mestilah membantu tingkatkan produktiviti
- Jika harga melebihi RM5,000, lebihan perlu ditanggung sendiri
- Nilai maksimum kelulusan termasuk SST ialah RM5,000
Barang Yang Tidak Dibenarkan
Antara item yang TIDAK layak dibiayai ialah:
- Komputer, laptop, tablet dan telefon pintar
- Penghawa dingin, meja dan kerusi
- Bahan mentah perniagaan
- Bil utiliti dan gaji pekerja
- Kos operasi rutin
- Barang tidak berkaitan dengan perniagaan
- Kos penghantaran atau pemasangan
Jadi sebelum submit permohonan, pastikan semak betul-betul item yang dibenarkan.
Kaedah Perolehan Yang Ditetapkan
Untuk memohon, pemohon wajib menyediakan:
- 3 sebutharga bagi setiap barang atau perkhidmatan
- Gambar hadapan premis perniagaan
- Penyata akaun perniagaan
- Surat tawaran rasmi bagi kursus atau pensijilan
Penting juga untuk tahu bahawa sebutharga dari platform seperti Shopee, TikTok Shop atau Lazada tidak diterima.
Cara Mohon Geran GeRAK+ 2026
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman rasmi: Perak SME D-Base
Bagi Murai, kalau anda merupakan usahawan Perak yang tengah plan nak upgrade bisnes, ini memang peluang yang rugi kalau dilepaskan. Mana tahu dengan bantuan ni, bisnes kecil boleh terus berkembang jadi lebih besar.

8 hours ago
7




![[VIDEO] Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah-“Terkejut Bila Dia Minta Duit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/b50f7fc6-ff20-49d2-850b-f69a5fa40017.webp)
































![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)












![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)

