Kalau kamu nak tahu, pelakon Shah Rukh Khan (SRK) kerap kali ditanya soalan yang agak peribadi iaitu mengenai seksualitinya, sejak ditemu bual secara langsung oleh wartawan Vir Sanghvi.
Dalam buku Mohar Basu ‘Shah Rukh Khan’, yang diterbitkan oleh Harper Collins, SRK telah memetik kenyataan mengenai seksualitinya itu sekurang-kurangnya dua kali.

Suatu ketika dahulu, apabila ditanya mengenai seksualitinya, SRK akan mengelar dirinya sebagai seorang yang sensitif dan bukannya homoseksual atau biseksual.
“Saya sensitif, jadi itu membuatkan saya agak kewanitaan. Saya bukan gay mahupun biseksual. Saya tidak suka menjelaskan perkara ini kerana jika saya mengatakan saya bukan gay, adakah itu bermakna menjadi gay adalah tidak baik?”

Dalam buku yang sama, SRK pernah memberitahu beberapa rakan media bahawa dia tidak menyukai dan wanita, melainkan individu itu adalah isterinya, Gauri Khan.
“Saya tidak mahukan lelaki atau wanita. Saya gembira dan jatuh cinta dengan isteri saya. Saya suka barisan skrip daripada ‘Sex and City‘, “Saya cuba-seksual, saya cuba apa sahaja yang seksual. Okay saya cuba-seksual”.”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.