Zizi Kirana Kongsi Foto Bersama Keluarga Yusuf Bahrin, Netizen Puji

12 hours ago 6

Terkini, penyanyi Zizi Kirana mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah foto mesra bersama keluarga bekas suaminya, Yusuf Bahrin. Menerusi platform Threads, Zizi yang dilihat duduk bersebelahan ibu mentuanya, memaparkan sebuah hubungan yang akrab meski sudah berpisah dengan Yusuf.

“Semoga Allah menjaga kebaikan antara kita dan menempatkan barakah dalam setiap ingatan.”

Foto – @zizi_kirana (Threads)

Dalam pada masa yang sama, Zizi turut mengakui bahawa ibu bapa Yusuf akan sentiasa menjadi ibu bapanya walaupun mereka tidak lagi bersama.

“Mak Abah tetap menjadi orang tua saya sampai bila-bila.”

Terpancar keakraban antara Zizi dan keluarga Yusuf dalam foto berkenaan, warganet tidak melepaskan peluang meninggalkan komen dalam bentuk pujian terhadap sikap Zizi.

“Apa pun berlaku, hubungan menantu mentua kekal buat selamanya.”

“Walau jalan hidup berubah, kasih tetap tidak terpisah. InsyaAllah kekal hingga syurga. Mereka (ibu bapa mentua) tetap mahram selamanya.”

“Semoga baik-baik sahaja buat you Zizi dan Yusuf. Tak ada jodoh bukan bermakna kita membenci orang tua beliau kan. Terima kasih jadi contoh yang baik. Semoga Allah selalu menjaga kamu. Amin Yaa Rab.”

Foto – @yusuf_bahrin (IG)

Selain itu, ada individu yang mendedahkan keperibadian keluarga Zizi dan keluarga Yusuf. Akuinya, keluarga penyanyi itu sangat baik dan membantu orang ramai ketika berkumpul untuk mengetahui info terkini mengenai Global Sumud Flotilla 1.0 yang lepas.

“Masa Sumud yang lepas, komiti kumpulkan para waris dekat satu tempat supaya senang nak sampaikan info. Sempat disapa oleh keluarga Kak Zizi & keluarga mertua Kak Zizi. Adik Kak Zizi siap tolong dukungkan Nuh dari dewan sampai ke bilik hotel sebab masa tu saya mengandung. Keluarga mertua Kak Zizi pulak rajin tegur Nuh tiap kali jumpa. Alhamdulillah sempat berkenalan dengan orang2 baik walaupun singkat je perkenalan masa tu. Semoga Kak Zizi terus dikelilingi oleh orang2 baik.”

Untuk rekod, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin telah bernikah pada 19 September 2021 dan sah bercerai talak satu pada 2 April 2026.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |