Wajah Terpampang Di Times Square, New York! Instagram Marsha Dibanjiri Pujian Rakan Artis Dan Peminat

1 day ago 13

Penyanyi berbakat, Marsha Milan, telah menarik perhatian ramai selepas berkongsi satu berita membanggakan di media sosial miliknya.

Wajah Terpampang Di Times Square

Menerusi satu hantaran di Instagram, Marsha meluahkan rasa syukur dan terharu apabila wajahnya terpampang di papan iklan digital Spotify EQUAL di Times Square, New York yang merupakan satu pencapaian luar biasa bagi anak seni dari Malaysia.

Menurut Marsha, melihat dirinya di antara ikon muzik antarabangsa di lokasi ikonik itu merupakan impian yang tidak pernah disangka akan menjadi kenyataan.

Penghormatan Luar Biasa

via Instagram Marsha Milan

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Spotify atas peluang besar itu dan menyifatkan ia sebagai satu penghormatan yang luar biasa.

Tambahnya lagi, laluan dalam dunia muzik bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi sebagai penyanyi wanita dari Borneo yang sering berdepan pelbagai cabaran.

Namun, pencapaian ini menjadi bukti bahawa usaha keras dan kesungguhan akhirnya membuahkan hasil.

Ia turut menjadi pengingat kepada dirinya tentang sebab utama beliau menceburi dunia seni.

Rakan Artis Turut Memberikan Pujian

Marsha juga tidak lupa memberikan kata-kata semangat kepada para wanita lain dalam industri muzik agar terus berkarya dan bersuara.

Beliau menyeru agar suara wanita terus diberi perhatian dan dihargai kerana ia membawa makna yang besar dalam dunia seni.

Di ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat tampil memberikan ucapan tahniah serta menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan yang diraih Marsha.

Tidak kurang juga yang menganggap pencapaian ini sebagai inspirasi buat artis tempatan lain untuk terus melangkah lebih jauh ke peringkat antarabangsa.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |